Sabtu, 26 April 2014

Ibn Taymiyyah

Falsafah Minda : Ibn Taymiyyah



PENGENALAN:

 Di dalam sejarah pemikiran Islam, perselisihan dan percakaran di antara golongan Mutakallimun (ahli Kalam) dengan Falasifah (ahli Falsafah) berhubung isu-isu agama telah mewarnai ketamadunan Islam. Para sarjana Islam seperti : Ibn Hazm(457H/1064M), Al-Ghazali (505H/1111M), Ibn Taymiyyah (729H/1328M), Ibn Qayyim Al-Jawziyyah (751H/11350M) dan beberapa orang lagi adalah antara yang terkenal kerana serangan dan kritikan mereka ke atas falsafah.Ibn Taymiyyah adalah seorang tokoh yang telah muncul pada abad ketiga belas dan empat belas. Beliau telah membawa suatu pemikiran yang sering dan masih dikaji hingga kini oleh sarjana moden samada di kalangan orientalis mahupun Islam. Di antara kajian yang dilakukan ke atas beliau ialah tentang pemikirannya menerusi kritikan-kritikannya terhadap golongan Falsafah.

LATAR BELAKANG :

Ø  Nama sebenar Taqiuddin bin Abu Abas Ahmad bin Abdul Halim Al-Harrani.
Ø  Lahir pada 10 Rabiul Awal tahun 661 Hijrah bersamaan Januari 1262M, di Bandar Harran utara Iraq
Ø  Ketika berumur 7 tahun, kota Baghdad dan Harran telah ditawan oleh bangsa Tartar.
Ø   Kemudian ‘taymiyyah’ dan keluarganya berpindah ke Damsyik.
Ø  ‘Ibnu taymiyyah’ diambil sempena nama moyangnya yang ke-9.
Ø   Bapanya bekerja sebagai khatib di Masjid Umaiyah dan guru ilmu hadis.
Ø   Beliau merupakan sheikh Islam yang banyak berjasa dalam gerakan pembaharuan Islam.
Ø  Beliau meninggal dunia dalam penjara Damsyik, pada malam isnin 20 Zulhijjah 728 H bersamaan 1329 Masihi.

SIFAT PERIBADI :

Ø  Ulama’ yang bertaqwa dan berakhlak.
Ø  Ahli pemikir Islam yang ulung, pendakwah yang berhemah tinggi dan tidak mudah putus asa.
Ø  Mempunyai kecerdasan akal dan kuat ingatan.
Ø  Berfikiran terbuka dan bersifat kristis.
Ø  Bersifat berani dan tegas dalam menghadapi cabaran golongan zindik, falsafah barat, ahli bid’ah dan penentang ahli sunnah.
Ø  Ibn Taimiyah berpendapat bahwa nafs tidak tersusun dari substansi-substansi yang terpisah, bukan pula dari material dan forma. Selain itu, nafs bukan bersifat fisik dan bukan pula esensi yang merupakan sifat yang bergantung pada yang lain.16 Sesungguhnya nafs berdiri sendiri dan tetap ada setelah berpisah dari badan ketika kematian datang.

PENDIDIKAN :
Ø  Beliau berjaya menghafaz al-quran dan hadis sejak remaja.
Ø   Belajar di sekolah darussyikriah di Damsyik.
Ø   Beliau mempelajari kitab-kitab hadis dan rijalul hadis daripada ulama’ terkenal di Damsyik.
Ø  Antaranya kitab masnad ahmad bin hanbal, sahih al-bukhari, sahih muslim, jamik al-tarmizi, sanan abi daud, sanan an-nasai, sanan ibnu majah, dan sanan ad-dar kutni.
Ø  Imam Ibnu Timiah pernah diuji oleh seorang yahudi dengan pelbagai soalan dan akhirnnya jawapan yang dijawab itu sangat tepat dan telah membuatkan orang yahudi tersebut berasa kagum lalu memeluk islam.
Ø   Beliau juga dapat menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh ulama’.
Ø  Beliau sudah diberi fatwa ketika berumur 19 tahun dan mula menghimpun dan menyusun fatwa-fatwa tesebut di dalam kitab.
Ø   Imam Ibnu Timiah menulis hampir 300 buah jilid buku.


PANDANGAN IBN TAYMIYYAH TERHADAP ROH DAN JASAD

Ibn Taymiyyah menyatakan bahawa  al-ruh juga digunakan untuk pengertian jiwa (nafs). Ruh yang mengatur badan yang ditinggalkan setelah kematian adalah ruh yang dihembuskan ke dalamnya (badan) dan jiwalah yang meninggalkan badan melalui proses kematian. Ruh yang dicabut pada saat kematian dan saat tidur disebut ruh dan jiwa (nafs). Begitu pula yang diangkat ke langit disebut ruh dan nafs. Ia disebut nafs kerana sifatnya yang mengatur badan, dan disebut ruh kerana sifat lembutnya. Kata ruh sendiri identiti dengan kelembutan, sehingga angin juga disebut ruh.
Ibn Taimiyah menyatakan bahawa  ruh dan nafs mengandung berbagai pengertian, iaitu:
Ø  Ruh adalah udara yang keluar masuk badan.
Ø  Ruh adalah asap yang keluar dari dalam hati dan mengalir di darah.
Ø  Jiwa (nafs) adalah sesuatu itu sendiri, sebagaimana firman Allah SWT:

dan apabila orang-orang Yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi dirinya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu Yang melakukan kejahatan Dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (Surah al-‘An’am : 54)

Jiwa (nafs) adalah darah yang berada di dalam tubuh haiwan, sebagaimana kata-kata ahli fiqih, "Haiwan yang memiliki darah yang mengalir dan haiwan yang tidak memiliki darah yang mengalir".

Jiwa (nafs) adalah sifat-sifat jiwa yang tercela atau jiwa yang mengikuti keinginannya.Ibn Taimiyah menyatakan bahwa jiwa (nafs/ruh) manusia sesungguhnya berjumlah satu, sementara al-nafs al-ammarah bi al-su', jiwa yang memerintahkan pada keburukan akibat dikalahkan hawa nafsu sehingga melakukan perbuatan maksiat dan dosa, al-nafs al-lawwamah, jiwa yang terkadang melakukan dosa dan terkadang bertaubat, kerana didalamnya terkandung kebaikan dan keburukan; tetapi jika ia melakukan keburukan, ia bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Dan dinamakan lawwamah (pencela) kerana ia mencela orang yang berbuat dosa, tapi ia sendiri ragu-ragu antara perbuatan baik dan buruk, dan al-nafs al-mutmainnah, jiwa yang mencintai dan menginginkan kebaikan dan kebajikan serta membenci kejahatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan