Rabu, 2 April 2014

Abdullah Ibnu Mas’ud

Dia adalah seorang sahabat Nabi SAW yang paling merdu suaranya ketika membaca Al Qur’an. Seorang yang alim, faqih, cerdas dan terpelajar dan seseorang yang selalu menyiapkan siwak dan sandal Rasulullah SAW. Sering juga dia membentangkan kain untuk hijab bila Rasulullah SAW sedang buang hajat dan mandi atau menyiapkan air untuk wudhu kekasihnya itu. Dialah Abdullah Ibnu Mas’ud.Suatu hari beliau SAW berkata kepadanya : “Bacakanlah kepadaku Al-Quran”, Abdullah bin Mas’ud berkata : saya membacakan Al-Quran atasmu sementara Al-Quran turun kepadamu ? Beliau SAW bersabda : “Aku sangat senang mendengar ayat Al-Quran dari selainku”, maka beliaupun membaca surat An-Nisa, maka Rasulullah SAW pun menangis dan berkata kepadanya : Cukuplah sampai disitu !” (HR Bukhari).
Abdullah Ibnu Mas’ud r.a juga merupakan sahabat yang paling banyak dalam menghafal Al Quran dengan kualitas suara yang sangat merdu. Karena itulah Rasulullah saw  pernah bersabda : “Mintalah kalian akan bacaan Al-Quran pada empat sahabat : Abdullah bin Mas’ud, Salim maula Hudzaifah, Ubay bin Ka’ab dan Mu’adz bin Jabal”. (HR. Bukhari).
Diriwayatkan bahwa Rasulullah SAW menyuruh Abdullah bin Mas’ud memanjat sebuah pohon untuk memetik buahnya, ketika para sahabat melihat betis kakinya mereka tertawa, maka Rasulullah saw bersabda : “Apa yang kalian tertawakan? sungguh kaki Abdullah bin Mas’ud lebih berat timbangannya pada hari kiamat dari siapapun”. (HR. Ahmad, Ibnu Sa’ad dan Abu Na’im)
Mengenai kepahamannya dalam hal seluk beluk Al Qur’an Abdullah bin Mas’ud r.a pernah berkata “ Saya mendapatkan dari lisan Rasulullah SAW tujuhpuluh puluh surat, sungguh aku lebih faham tentang kitabullah dari sahabat lainnya padahal aku tidak lebih baik dari mereka, dan tidak ada dalam kitabullah baik berupa surat ataupun ayat kecuali aku tahu dimana diturunkan dan kapan diturunkan”
Masa kecil Abdullah Ibnu Mas’ud dihabiskan dengan mengembalakan kambing milik tuannya Uqbah bin Mu’ith. Saat mengembalakan kambing inilah ia pertama kali bertemu dengan Rasulullah SAW yang waktu itu ditemani oleh Abu Bakar As Shiddiq. Pertemuan waktu itu begitu berkesan karena Rasulullah SAW sempat menunjukkan mukjizatnya dengan mengusap usap puting kambing yang mandul dan tidak pernah menghasilkan susu dan kemudian dari kambing betina yang mandul itu menghasilkan air susu yang segar dan banyak. Abdullah bin Mas’ud r.a terpesona dengan kejadian tersebut dan semakin kagum dengan ketinggian akhlak Rasulullah SAW yang begitu indah.
Abdullah bin Mas’ud pun masuk islam dan termasuk dalam golongan yang awal awal masuk Islam. Abdullah bin Mas’ud r.a sangat tertarik dengan bahasa Al Qur’an dan dia belajar sungguh sungguh untuk mendalaminya. Kalau dulu dia dianggap sebelah mata oleh penduduk Mekkah karena seorang budak kini dia menjadi pendidik bagi masyarakat Mekkah bila mereka hendak belajar Al Qur’an. Sungguh Allah SWT akan meninggikan kedudukan seseorang karena Al Qur’an dan akan merendahkan kedudukan seseorang juga dengan Al Qur’an.
Abdullah bin Mas’ud juga seorang ahli hikmah ,pernah suatu hari dia memberi nasihatnya  “Wahai sekalian manusia, hendaklah kalian taat dan selalu berada dalam jamaah, karena yang demikian adalah tali Allah yang telah diperintahkan, dan sesungguhnya sesuatu yang kalian tidak sukai dalam berjamaah lebih baik daripada sesuatu yang kalian cintai dalam berpecah belah”.
Saat umur 60 tahun Sahabat yang mulia ini menghembuskan nafas terakhirnya dengan meninggalkan sembilan anak perempuan. Disaat sakaratul maut Amirul Mukmini Utsman bin Affan datang menengoknya dan menawarkan sebagian harta Khalifah untuk anak anak perempuannya, tapi Abdullah Ibnu mas’ud menolaknya dan berkata “Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda : Barangsiapa yang membaca surat al-waqiah maka tidak menimpa dirinya kekurangan selamanya”. (Ibnu Asakir).
Beliau beristirahat untuk selama lamanya bersama sahabat sahabat yang lain di pemakaman Baqi.
Bahagian pertama nota kuliah ini akan membincangkan kelebihan perawi hadis ini iaitu Sy. Abdullah Ibnu Mas'ud.


Siapakah Abdullah Ibnu Mas’ud?
Abdullah bin Mas’ud digelar sebagai Ahli Qiraat Kufah, yang merupakan seorang yang alim, faqih dan menjadi rujukan orang-orang di Kufah dan Irqa secara amnya. Beliau merupakan orang yang ke-6 masuk Islam. 

Kisah beliau masuk Islam terjadi sebegini: Pada satu hari, sedang Abdullah bin Mas’ud mengembala kambing, datang Rasulullah SAW bersama Sy. Abu Bakar yang cuba mengelak daripada kejaran kaum musyrikin. Oleh kerana mereka berjalan tanpa membawa bekal, maka ketika berjumpa Abdullah bin Mas’ud, Rasulullah SAW bertanya kepadanya jika boleh diberikan sedikit susu kambing? Abdullah bin Mas’ud  pun menjawab, “ Saya ini diamanahkan menjaga kambing, dan bukannya pemilik kambing ini”. Walaupun belum menjadi seorang Islam, Abdullah bin Mas’ud merupakan seorang yang amanah. Lalu baginda Rasulullah SAW pun bertanya sekiranya ada kambing yg berusia setahun ke atas, yang masih belum mempunyai susu (kambing dara). Abdullah bin Mas’ud pun berkata ada dan dibawa kambing itu kepada Rasulullah SAW. Baginda SAW pun menepuk pada kambing lalu  keluarlah susu dengan deras daripada kambing itu. Maka, terkejutlah Abdullah bin Mas’ud  melihat kejadian itu. Rasulullah SAW dan Sy. Abu Bakar pun minum dan diberi juga Abdullah bin Mas’ud meminumnya. Setelah puas meminumnya, Rasulullah SAW pun mengarakahkan agar susu kambing itu pun kembali kepada bentuk asalnya (yang tiada susu).

Salah satu mukjizat Rasulullah SAW ialah membanyakkan sesuatu yang sedikit, atau mengadakan sesuatu yang tiada. Contohnya, makanan sedikit mencukupi untuk beratus-ratus orang, air wudhuk sedikit menjadi banyak, ranting menjadi pedang, kambing yang tiada susu mempunyai susu. Ketika peristiwa Hijrah, Nabi SAW singgah di khemah orang Badawi yang bernama Ummu Ma'bad. Orang Badawi tinggal di padang pasir. Rasulullah SAW yang dalam keletihan dan kelaparan meminta izin untuk memerah susu kambing Ummu Ma’bad. Kambing itu kurus dan kelihatan tidak bermaya. Pada firasat Ummu Ma’bad, kambing itu terlalu letih untuk mengikut kambing-kambing lain milik mereka yang dibawa mencari makanan di luar oleh suaminya, Abu Ma’bad. Tetapi sebenarnya Allah menetapkan sebegitu untuk menjadikan kambing itu sebagai rezeki kepada Rasulullah SAW. Setelah ditepuk oleh Rasulullah SAW, keluar susu yang banyak dan semua orang dapat minum. Yang terakhir sekali minum ialah Nabi SAW.  Ketika Sy. Abu Bakar melihat Rasulullah SAWminum (yang terlalu kehausan sebelum itu), beliau berasa sangat puas. Rasulullah SAW yang minum, tetapi Sy. Abu Bakar yang merasa gembira. Kenapa? Kerana begitu tingginya kasih-sayang terhadap Rasulullah SAW. Nabi kemudian memerah lagi susu buat suami Ummu Ma'bad, Abu Ma’bad. Suaminya sendiri berasa pelik melihat susu kambing diperoleh daripada kambing yang kurus kering itu. Kambing itu kemudiannya hidup sehingga zaman pemerintahan Sy. Umar, lebih kurang 13 tahun umurnya, dan susunya tak pernah putus-putus.

Setelah melihat apa yang berlaku, Abdullah bin Mas’ud  berkata kepada  Rasulullah SAW, “Ajarkan kepadaku apa yang kamu baca tadi ketika menepuk kambing itu”. Lalu kata baginda Rasulullah SAW, “Kamu itu sudah terpelajar”. Rasulullah SAW merujuk kepada sifat amanahnya. Lalu Abdullah bin Mas’ud pun beriman dan memeluk Islam. 

Imannya Abdullah bin Mas’ud sangat istimewa di sisi Rasulullah SAW. Ada 5 keisitimewaanya:
  1. Orang yang tahu perkara yang rahsia kepada Rasulullah SAW, iaitu orang yang amat hampir kepada Rasulullah SAW. Contohnya, jikalau Rasulullah SAW tidur , yang berani mengejutkan baginda ialah Abdullah bin Mas’ud , kalau Rasulullah SAW mandi, Abdullah bin Mas’ud  yang akan memegang kain menutupinya, kalau Rasulullah SAW berjalan seorang diri tanpa teman, yang boleh  menemaninya hanyalah Abdullah bin Mas’ud, orang yang diizinkan masuk rumah Rasulullah SAW ialah Abdullah bin Mas’ud . Perkara-perkara ini bersifat ‘privacy’ dan tidak diberi kelebihan ini kepada sahabat yang lain.
  2. Menjaga bantal Rasulullah SAW, sama ada bantal untuk baginda SAW duduk atau  bersandar atau meletak alas tempat duduknya.
  3. Menjaga siwak Rasulullah SAW – Setiap kali Rasulullah SAW ingin bersiwak atau menyimpan siwaknya, Abdullah bin Mas’ud  yang akan memegangnya.
  4. Menjaga selipar Rasulullah SAW. Ada beberapa riwayat menceritakan bahawa apabila berjalan bersama Nabi SAW, Abdullah bin Mas’ud akan berjalan di hadapan Nabi SAW, tetapi bukan kerana ingin mendahului Nabi SAW, tetapi adalah untuk  menyediakan selipar dan tongkat Rasulullah SAW. Apabila Rasulullah SAW ingin memakai selipar, Abdullah bin Mas’ud menyediakan sehingga Nabi SAW tinggal menyarungnya saja. Apabila Nabi SAW berhenti, Abdullah bin Mas’ud sudah menanti untuk membuka selipar Nabi SAW, tanpa Nabi SAW perlu menundukkan dirinya, dan dia juga mengambil tongkat baginda. Bila Nabi SAW sudah masuk ke dalam majlis, Abdullah bin Mas’ud  pun ikut masuk bersama selipar Nabi SAW yang diletak dicelah jarinya. Begitulah hebatnya cara sahabat melayan baginda Rasulullah SAW.
  5. Menjaga keperluan wudhuk atau bersuci Rasulullah SAW, daripada bekas airnya, batunya dan sebagianya.

Kelima-lima sifat ini menunjukkan kepentingan khidmat kepada guru. Sy. Al-Qisai adalah seorang yag arif membaca Al-Quran dan mengajar 2 orang anak khalifah Harun Al-Rasyid yang bernama Al-Amin dan Al-Makmun. Mereka ini adik-beradik berlainan ibu. Selepas belajar, mereka akan tunggu di depan dan berebut untuk menyediakan selipar gurunya. Lalu, Al-Qisai mengarahkan setiap orang ambil sebelah seliparnya untuk memberi peluang kedua-duanya melayan gurunya. Ini bukanlah satu bentuk perhambaan kepada manusia. Dengan khidmat sebegitu, murid akan mendapat lebih daripada apa yang diharapkannya. Khidmat kepada guru itu bukan kerana gurunya, tetapi adalah kerana ilmu yang dimiliki guru tersebut. Hari ini, jika dilakukan sebegitu pasti akan dicemuh dan dikata orang. Sebenarnya mereka tidak faham bagaimana sahabat berkhidmat kepada Nabi SAW, hatta  kepada haiwan Nabi SAW juga sahabat memberikan khidmat. Setelah Nabi SAW wafat, sahabat bergilir-gilir memberi makan kepada dul-dul (haiwan peranakan daripada kuda dan keldai), iaitu haiwan peliharaan Nabi SAW.

Abdullah bin Mas’ud  merupakan orang yang banyak berkhidmat pada Nabi SAW. Orang yang banyak berkhidmat pada Nabi SAW (contoh lain Abdullah bin Abbas) masyhur dengan ilmu, kerana mereka mendapat barakah ilmu tersebut.

Ada seorang datang kepada Sy. Umar Al-Khattab dan berkata, “Ada seorang di Kufah, yang bila berkata tentang Al-Quran, tidak merujuk kepada apa-apa”. Sy. Umar pun marah dan bertanya siapakah orang itu. Apabila diberitahu orang itu ialah Abdullah bin Mas’ud, barulah Sy. Umar reda kemarahannya dan berkata, “Aku tidak nampak orang lain yang seperti dia saat ini tentang kepandaiannya dalam Al-Quran nul Karim”.

Abdullah bin Mas’ud berkata, “Aku mendengar dengan langsung 70 surah dengan telingaku sendiri daripada Rasulullah SAW”. Semua surah dalam Al-Quran ada 114 surah. Abdullah bin Mas’ud  juga banyak terkesan (terikut perangai) Nabi SAW, kerana rapatnya beliau dengan baginda Nabi SAW. Oleh itu, cara duduknya, diamnya, berdirinya, dan jalannnya mempunyai persamaan dengan cara Nabi SAW. 

Abdullah bin Mas’ud agak rendah orangnya berbanding sahabat Nabi yang lain. Suatu ketika Nabi SAW duduk bersama sahabat, dan Abdullah bin Mas’ud memanjat sebatang pokok, lalu kainnya dihembus angin  sehingga ternampak betis beliau yang kecil. Sahabat pun secara tak sengaja dan spontan tertawa melihat kejadian itu. Nabi SAW pun bertanya, “Adakah kamu ketawa kerana kecilnya betis Abdullah bin Mas’ud ?” Jawab sahabat, “Na’am (Ya)”. Kemudian Rasulullah SAW berkata, “Betis itu disisi Allah adalah lebih berat daripada Gunung Uhud.” Ini menunjukkan bahawa Allah tidak mengukur keimanan seseorang berdasarkan rupa fizikalnya sahaja.

Dalam setiap hadis yang diriwayatkannya, Abdullah bin Mas’ud akan memuji Nabi SAW, dan tidak cuma mengatakan , “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda…”. Contohnya, beliau akan berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW yang jujur, benar lagi dibenarkan, bersabda…”. Cuma sekali berlaku kesilapan dan dia cuma berkata, ““Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda…”, lalu dia pun beristighfar dan takut apa yang disampaikannya itu tidak benar. Begitulah berhati-hatinya sahabat dalam meriwayatkan hadis Rasulullah SAW.

Apakah Abdullah bin Mas’ud merupakan salah seorang pecinta Ahlulbait As? Apakah ia menerima imamah Sayidina Ali As?


bdullah bin Mas’ud merupakan salah seorang sahabat Rasulullah Saw yang turut serta dalam banyak peperangan pada masa-masa awal kedatangan Islam. Abdullah bin Mas’ud merupakan sahabat terdekat Rasulullah Saw.
Di samping itu, Abdullah bin Mas’ud adalah pembaca al-Qur’an dan memiliki mushaf sendiri. Rasulullah Saw dan Sayidina Ali menyebut namanya dengan baik; hal ini membuktikan dengan mudah bahwa ia merupakan salah satu pecinta Ahlulbait As. Namun terdapat perbedaan pendapat di antara ulama ilmu Rijal terkait dengan bahwa apakah ia menerima imâmah dan khilâfah belâ fashl (segera setelah Rasulullah) Baginda Ali As.
Akan tetapi dengan memperhatikan pujian dan penghormatan Sayid Murtadha kepadanya dan hubungan dekatnya dengan Rasulullah Saw serta beberapa indikasi lainnya maka boleh jadi dapat dikatakan bahwa ia juga meyakini imâmah Sayidina Ali bin Abi Thalib As.

Abdullah bin Mas’ud merupakan salah seorang sahabat Rasulullah Saw yang terkenal dengan nama Ibnu Mas’ud atau Ibnu Ummu Abd. Ibnu Mas’ud memeluk Islam pada masa-masa awal dakwah Rasulullah Saw. Ia adalah orang pertama yang membaca al-Qur’an dengan suara lantang di Mekkah pada tengah para pembesar Quraisy.
Ibnu Mas’ud termasuk salah seorang muhajir ke Habasya dan turut serta dalam beberapa peperangan pada masa-masa awal kedatangan Islam seperti Uhud, Badar, Khandaq dan lain sebagainya.
Ia menghabiskan banyak waktunya bersama Rasulullah Saw dan banyak melakukan pekerjaan pendahuluan bagi Rasulullah Saw. Ia memberikan tongkat Rasulullah Saw dan menyiapkan sandal Rasulullah sedemikian sehingga ia dapat dengan mudah lalu-lalang ke rumah Rasulullah Saw.
Suatu hari, ia naik ke suatu pohon, di hadapan Rasulullah Saw dan sebagian sahabat.  Sebagian dari mereka tertawa atas kekurusan badannya. Rasulullah Saw bersabda, “Langkah-langkah ini adalah seperti gunung Uhud dalam timbangan amal.” Di suatu tempat terpisah, Rasulullah Saw bersabda kepada Sayidina Ali As: “Sekiranya ada seseorang yang ingin Aku jadikan sebagai pemimpin (Amir) tanpa musyawarah maka orang itu adalah Ibnu Mas’ud.”
Demikian juga Imam Ali As tatkala bercerita ihwal Ibnu Mas’ud maka beliau bercerita tentang kebesarannya. Ketika Imam Ali As datang ke Kufah, Imam Ali bertanya kepada masyarakat ihwal Ibnu Mas’ud. Masyarakat Kufah menjawab bahwa ia adalah orang yang sangat baik akhlaknya. Kami tidak melihat ada orang yang melebihi Ibnu Mas’ud dalam mengajar.” Kemudian Imam Ali bersabda, “Ia adalah orang yang membaca al-Qur’an dengan baik. Menjaga dan memenuhi halal dan haram al-Qur’an. Ia adalah seorang fakih dan alim terhadap sunnah Rasulullah Saw.”
Abdullah bin Mas’ud menjabat sebagai Gubernur Kufah pada masa pemerintahan Umar bin Khattab.Sekaitan dengan Usman, Ibnu Mas’ud tidak memiliki hubungan baik dengannya. Pada tahun 32 Hijriah, pada usia enam puluh sekian, Ibnu Mas’ud meninggal dunia dan dikebumikan di Baqi.[1] Demikianlah biografi ringkas tentang hidup Ibnu Mas’ud.
Terdapat perbedaan pendapat sehubungan dengan masalah apakah ia menerima Ahlulbait As dan merupakan seorang Syiah atau tidak? Ulama besar seperti Sayid Murtadha dalam kitab al-Syâfi fi al-Imâmah menyebut Ibnu Mas’ud dengan segala kebesarannya. Sayid Murtadha sangat memujinya dan berkata, “Tiada keraguan bahwa Ibnu Mas’ud merupakan salah seorang pembesar dari kalangan sahabat. Ia adalah orang yang senantiasa bersuci, memiliki keutamaan dan beriman. Ia memuji dan menyanjung Rasulullah Saw. Rasulullah Saw juga memuji dan meyanjungnya.[2]
Muhaqqiq ternama Allamah Mamaqani dalam Tanqih al-Maqâl menyebut Ibnu Mas’ud dengan baik dan berkata, “Terdapat beberapa hal yang menunjukkan bahwa Ibnu Mas’ud adalah salah seorang pecinta Ahlulbait As dan tidak menerima khilâfah orang lain. Beberapa hal penting tentang kecintaan Ibnu Mas’ud adalah sebagai berikut:
A.    Ibnu Mas’ud adalah salah seorang dari duabelas orang yang menentang khilafah Abu Bakar. Ia menandaskan bahwa Ahlulbait Rasulullah Saw lebih utama dalam urusan khilafah. Mereka lebih utama daripada khalifah Abu Bakar.  Di antara Ahlulbait itu adalah Ali bin Abi Thalib dan apa pun yang telah ditetapkan Tuhan baginya harus engkau serahkan kepadanya.
B.    Ibnu Mas’ud adalah salah seorang yang hadir dalam acara pemakaman jenazah Hadhrat Zahra meski hal ini merupakan salah satu rahasia Syiah. Ibnu Mas’ud juga termasuk salah seorang yang menyalati jenazah putri Rasulullah Saw. Hal ini dapat menjadi dalil atas kesyiahan Ibnu Mas’ud dan kepeduliannya terhadap Ahlulbait Rasulullah Saw.
C.    Ibnu Mas’ud adalah salah seorang yang meyalati jenazah Abu Dzar Ghiffari. Ia memandikan dan mengafaninya sementara Rasulullah Saw bersabda kepada Abu Dzar bahwa kelak akan ada orang beriman memandikan, mengafani dan menguburkanmu.
D.    Ibnu Mas’ud sendiri adalah salah satu orang yang menukil riwayat dari Rasulullah Saw bahwa khalifah Rasulullah Saw itu berjumlah dua belas orang yaitu Baginda Ali As dan anak-anaknya. Tentu kita tidak dapat menerima orang itu sendiri yang menukil sesuatu namun tidak menerima dan meyakininya.[3]

Namun dari sisi lain, sebagian ulama Rijal menyebutkan bahwa ia adalah salah seorang pengikut Ahlusunnah dan menukil bukti-bukti yang menyatakan penentangan Ibnu Mas’ud terhadap Imam Ali As. Di antaranya adalah fatwa-fatwa dalam masalah warisan, Ibnu Mas’ud menentang Imam Ali As. Di samping itu, Ibnu Mas’ud memiliki bacaan berbeda dengan bacaan para Imam Maksum As. Artinya para Imam Maksum tidak memandang bacaan Ibnu Mas’ud sebagai bacaan yang benar. Misalnya diriwayatkan dari Imam Baqir As bersabda bahwa Ibnu Mas’ud telah menghapus dua surat mu’adzatain(yang dimulai dengan audzubillah) dari al-Qur’an padahal ayahku bersabda Ibnu Mas’ud melakukan hal ini mengikut pendapatnya.[4]
Allamah Tustari dalam kitabnya Qâmus al-Rijâl memberi catatan atas dalil-dalil yang menyebutkan kesyiahan Ibnu Mas’ud. Ia berkata, “Riwayat yang menyebutkan dua belas orang yang mengingkari khilafah Abu Bakar As disebutkan pada literatur lainnya seperti Ihtijâj Thabarsi dan Ibnu Mas’ud tidak termasuk salah satu dari dua belas orang itu. Dan dari sisi lain, kita memiliki beberapa riwayat yang menyebutkan penentangan Ibnu Mas’ud terhadap Imam Ali As. Dan dinukil sebuah riwayat dengan kandungan bahwa Ibnu Mas’ud berkata, “Aku tidak meminta izin dari imamku dalam setiap pekerjaan yang aku lakukan sebagaimana yang dilakukan Salman dan Amar. Karena itu aku taubat atas perbuatan itu.” Riwayat ini merupakan khabar wahid dan tidak dapat dijadikan sandaran.[5]
Ayatullah Khui dalam kitab Mu’jam al-Rijâl tidak memandang Ibnu Mas’ud sebagai pecinta Ahlulbait As. Ayatullah Khui berkata, “(Meski) Ia tidak patuh terhadap Imam Ali namun karena (namanya) disebutkan dalam kitab Kâmil al-Ziyârah maka hukum witsaqat (dapat dipercaya) diberikan kepadanya.”[6]
Kesimpulannya bahwa dengan memperhatikan pelbagai keutamaan yang terdapat pada diri Ibnu Mas’ud dan hubungan dekatnya dengan Rasulullah Saw dapat dijadikan sebagai sandaran bahwa ia merupakan salah seorang pecinta Ahlulbait As. Namun terkait dengan masalah bahwa apakah ia juga meyakini imâmah dan khilâfah belâfashl (segera setelah Rasulullah Saw) Imam Ali As, meski merupakan masalah ikhtilâf (ulama berbeda pendapat dalam masalah ini) namun dengan memperhatikan pujian dan sanjungan Sayid Murtadha kepadanya, hubungan dekat dengan Rasulullah Saw dan beberapa indikasi lainnya, boleh jadi dapat kita katakan bahwa Ibnu Mas’ud juga adalah orang yang yakin terhadap imâmah Baginda Ali As. 

[1]Ibnu Sa’ad, al-Thabaqât al-Kubrâ, jil. 3, hal. 112-119, Beirut, Cetakan Pertama, 1410, Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah.  
[2]Sayid Murtadha, al-Syâfi fi al-Imâmah, jil. 4, hal. 283, sesuai nukilan dari Qamus al-Rijal Sustari, jil. 6, hal. 600, Cetakan Jamiah Mudarrisin.
[3]Mamaqati, Tanqih al-Maqâl fi ‘Ilm al-Rijâl, jil. 2, hal. 216, Intisyarat-e Jahan, 1352 H, Teheran.  
[4]Ali bin Ibrahim Qummi, Tafsir Qummi, jil. 2, hal. 450.  
[5]Muhammad Taqi Tustari, Qâmus al-Rijâl, jil. 6, hal. 600 – 608, Cetakan Jamiah Mudarrisin, Qum, Muharram 1415 H.  
[6]Abu al-Qasim Khui, Mu’jam Rijâl al-Hadits, jil. 10, hal. 322, Cetakan Pertama, 1398, Intisyarat Madinat al-‘Ilm, Qum.
Tak berapa lama setelah memeluk Islam, Abdullah bin Mas'ud mendatangi Rasulullah dan memohon kepada beliau agar diterima menjadi pelayan beliau. Rasulullah pun menyetujuinya.

Sejak hari itu, Abdullah bin Mas'ud tinggal di rumah Rasulullah. Dia beralih pekerjaan dari penggembala domba menjadi pelayan utusan Allah dan pemimpin umat. Abdullah bin Mas'ud senantiasa mendampingi Rasulullah bagaikan layang-layang dan benangnya. Dia selalu menyertai kemana pun beliau pergi.

Dia membangunkan Rasulullah untuk shalat bila beliau tertidur, menyediakan air untuk mandi, mengambilkan terompah apabila beliau hendak pergi dan membenahinya apabila beliau pulang. Dia membawakan tongkat dan siwak Rasulullah, menutupkan pintu kamar apabila beliau hendak tidur.

Bahkan Rasulullah mengizinkan Abdullah memasuki kamar beliau jika perlu. Beliau memercayakan kepadanya hal-hal yang rahasia, tanpa khawatir rahasia tersebut akan terbuka. Karenanya, Abdullah bin Mas'ud dijuluki orang dengan sebutan "Shahibus Sirri Rasulullah" (pemegang rahasia Rasulullah).

Abdullah bin Mas'ud dibesarkan dan dididik dengan sempurna dalam rumah tangga Rasulullah. Karena itu tidak kalau dia menjadi seorang yang terpelajar, berakhlak tinggi, sesuai dengan karakter dan sifat-sifat yang dicontohkan Rasulullah kepadanya. Sampai-sampai orang mengatakan, karakter dan akhlak Abdullah bin Mas'ud paling mirip dengan akhlak Rasulullah.

Abdullah bin Mas'ud pernah berkata tentang pengetahuannya mengenai Kitabullah (Al-Qur'an) sebagai berikut, "Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Tidak ada satu ayat pun dalam Al-Qur'an, melainkan aku tahu di mana dan dalam situasi bagaimana diturunkan. Seandainya ada orang yang lebih tahu daripada aku, niscaya aku datang belajar kepadanya."

Abdullah bin Mas'ud tidak berlebihan dengan ucapannya itu. Kisah Umar bin Al-Khathab berikut memperkuat ucapannya. Pada suatu malam, Khalifah Umar sedang dalam perjalanan, ia bertemu dengan sebuah kabilah. Malam sangat gelap bagai tertutup tenda, menutupi pandangan setiap pengendara. Abdullah bin Mas'ud berada dalam kabilah tersebut. Khalifah Umar memerintahkan seorang pengawal agar menanyai kabilah.

"Hai kabilah, dari mana kalian?" teriak pengawal.

"Min fajjil 'amiq (dari lembah nan dalam)," jawab Abdullah.

"Hendak kemana kalian?"

"Ke Baitu Atiq (rumah tua, Ka'bah)," jawab Abdullah.

"Di antara mereka pasti ada orang alim," kata Umar.

Kemudian diperintahkannya pula menanyakan, "Ayat Al-Qur'an manakah yang paling ampuh?"

Abdullah menjawab, "Allah, tiada Tuhan selain Dia, Yang Maha Hidup kekal lagi terus-menerus mengurus (makhluk-Nya) tidak mengantuk dan tidak pula tidur..." (QS Al-Baqarah: 255).

"Tanyakan pula kepada mereka, ayat Al-Qur'an manakah yang lebih kuat hukumnya?" kata Umar memerintah.

Abdullah menjawab, "Sesungguhnya Allah memerintah kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang kamu dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran."(QS An-Nahl: 9).

"Tanyakan kepada mereka, ayat Al-Qur'an manakah yang mencakup semuanya!" perintah Umar.

Abdullah menjawab, "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan walaupun seberat dzarrah, niscaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan walaupun sebesar dzarrah, niscaya dia akan melihat balasannya pula." (QS Al-Zalzalah: 8).

Demikian seterusnya, ketika Umar memerintahkan pengawal untuk bertanya tentang Al-Qur'an, Abdullah bin Mas'ud langsung menjawabnya dengan tegas dan tepat. Hingga pada akhirnya Khalifah Umar bertanya, "Adakah dalam kabilah kalian Abdullah bin Mas'ud?"

Jawab mereka, "Ya, ada!"

Abdullah bin Mas'ud bukan hanya sekedar qari' (ahli baca Al-Qur'an) terbaik, atau seorang yang sangat alim atau zuhud, namun ia juga seorang pemberani, kuat dan teliti. Bahkan dia seorang pejuang (mujahid) terkemuka. Dia tercatat sebagai Muslim pertama yang mengumandangkan Al-Qur'an dengan suara merdu dan lantang.

Pada suatu hari para sahabat Rasulullah berkumpul di Makkah. Mereka berkata, "Demi Allah, kaum Quraisy belum pernah mendengar ayat-ayat Al-Qur'an yang kita baca di hadapan mereka dengan suara keras. Siapa kira-kira yang dapat membacakannya kepada mereka?"

"Aku sanggup membacakannya kepada mereka dengan suara keras," kata Abdullah.

"Tidak, jangan kamu! Kami khawatir kalau kamu membacakannya. Hendaknya seseorang yang punya keluarga yang dapat membela dan melindunginya dari penganiayaan kaum Quraisy," jawab mereka.

"Biarlah, aku saja. Allah pasti melindungiku," kata Abdullah tak gentar.

Keesokan harinya, kira-kira waktu Dhuha, ketika kaum Quraisy sedang duduk-duduk di sekitar Ka'Baha Ad-Daulah. Abdullah bin Mas'ud berdiri di Maqam Ibrahim, lalu dengan suara lantang dan merdu dibacanya surah Ar-Rahman ayat 1-4.

Bacaan Abdullah yang merdu dan lantang itu kedengaran oleh kaum Quraisy di sekitar Ka'bah. Mereka terkesima saat mendengar dan merenungkan ayat-ayat Allah yang dibaca Abdullah. Kemudian mereka bertanya, "Apakah yang dibaca oleh Ibnu Ummi Abd (Abdullah bin Mas'ud)?"

"Sialan, dia membaca ayat-ayat yang dibawa Muhammad!" kata mereka begitu tersadar. Lalu mereka berdiri serentak dan memukuli Abdullah. Namun Abdullah bin Mas'ud meneruskan bacaannya hingga akhir surah. Ia lalu pulang menemui para sahabat dengan muka babak belur dan berdarah.

"Inilah yang kami khawatirkan terhadapmu," kata mereka.

"Demi Allah, kata Abdullah, "Bahkan sekarang musuh-musuh Allah itu semakin kecil di mataku. Jika kalian menghendaki, besok pagi aku akan baca lagi di hadapan mereka."

Abdullah bin Mas'ud hidup hingga masa Khalifah Utsman bin Affan memerintah. Ketika ia hampir meninggal dunia, Khalifah Utsman datang menjenguknya. "Sakit apakah yang kau rasakan, wahai Abdullah?" tanya khalifah.

"Dosa-dosaku," jawab Abdullah.

"Apa yang kau inginkan?" 

"Rahmat Tuhanku." 

"Tidakkah kau ingin supaya kusuruh orang membawa gaji-gajimu yang tidak pernah kau ambil selama beberapa tahun?" tanya Khalifah. 

"Aku tidak membutuhkannya," kata Abdullah.

"Bukankah kau mempunyai anak-anak yang harus hidup layak sepeninggalmu?" tanya Utsman.

"Aku tidak khawatir, jawab Abdullah, "Aku menyuruh mereka membaca surah Al-Waqi'ah setiap malam. Karena aku mendengar Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang membaca surah Al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya!"

Pada suatu malam yang hening, Abdullah bin Mas'ud pun berangkat menghadap Tuhannya dengan tenang. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan