Rabu, 1 Januari 2014

Ikhlas


Image result for BISMILLAHMakam IKHLAS tak akan tercapai jika tak kenal SABAR,
SABAR tak tercapai kalau tak REDHA.
Nak redha perlulah beriman pada QADA dan QADAR.
Dalam Qada dan Qadar perlu kenal hikmah.
Hikmah yg.mengenalkan HAKIKAT wujudnya.
Duduklah dengan sabar hingga diberi MAKRIFAH.
Kerana ikhlas itu adalah darinya
.



Image result for ikhLASSIFAT ikhlas perlu dijadikan hiasan peribadi Muslim. Keikhlasan menjadi penentu nilai kehidupan seseorang dalam melaksanakan tugas sebagai khalifah. Keikhlasan bukan sekadar cakap-cakap pada bibir. Apa yang dilakukan hendaklah mengikut garis panduan ditetapkan. Usah menipu diri sendiri dengan mengatakan apa yang dilakukan adalah ikhlas, sedangkan tidak menepati ciri ikhlas. 

Tanda seseorang ikhlas dalam apa yang dilakukan dapat dinilai berdasarkan beberapa perkara. 

l Niat. Setiap perbuatan bergantung kepada niatnya. Semua amalan dilakukan mesti dimulakan dengan niat atau keyakinan diri apa yang dilakukan untuk melaksanakan perintah Allah. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat dan perhitungan ke atas amalan seseorang itu berdasarkan kepada niatnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Ulama menjelaskan bahawa niat di dalam hati adalah roh bagi segala amalan yang ingin dilakukan manusia. Tidak mungkin badan dapat bergerak tanpa roh. Begitu juga tidak wujud keikhlasan tanpa niat ikhlas. Tanpa niat, bermakna perbuatan itu berlaku secara spontan. Apa yang dilakukan tidak dikira satu kebaikan jika pun apa yang dilakukan itu satu kebaikan. Dalam kaedah fikah, amalan tanpa niat adalah batal atau tidak sah. Sebab itu, semua ibadat meletakkan niat sebagai rukun. 

l Hanya kerana Allah. Setiap apa yang dilakukan mesti diniatkan hanya kerana Allah. Apa yang dilakukan sebagai tanda beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah. Firman Allah bermaksud: "Tidak akan ciptakan jin dan manusia, melainkan hanya untuk beribadat kepada-Ku." (Surah adz-Dzariyat, ayat 56). Niat dalam hati mesti sama dengan apa yang ingin dilakukan. Manusia tidak mampu menipu Allah apa yang tersimpan di dalam hati. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Kami lebih hampir kepadanya daripada urat lehernya." (Surah Qaaf, ayat 16). Jika ada niat lain tersimpan di dalam hati, maka tidak adalah keikhlasan yang sebenar. Hanya orang yang melakukan dengan ikhlas diterima ibadatnya. Amalan tanpa disertakan keikhlasan tidak menjadi sebahagian daripada ibadat. 

l Mengharapkan rahmat dan belas kasihan Allah. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku sepenuhnya di bawah kekuasaan Allah. Gantungkan harapan agar apa yang dilakukan mendapat rahmat dan belas kasihan Allah agar tercapai seperti apa yang diingini. Sesiapa mengharapkan rahmat Allah tidak akan mempersia-siakan peluang melakukan ibadat. Setiap apa yang dilakukan dikira ibadat jika ikhlas mengharapkan rahmat Allah. 


l Dengan kerelaan sendiri. Keikhlasan hanya wujud jika amalan dilakukan dengan kerelaan diri sendiri. Sesiapa melakukan dengan sebab terpaksa hanya mendapat 'balasan' daripada orang yang menyebabkan dia terpaksa melakukan amalan itu. Seharusnya, setiap urusan hidup dan ibadah adalah kerelaan diri mencari keredaan-Nya. Kerja yang dilakukan dengan terpaksa tidak akan menghasilkan kejayaan. Apa yang dilakukan sekadar siap atau melepasi tahap minimum yang ditetapkan. Perkara ini banyak berlaku dalam pekerjaan yang bergaji tetap. Banyak atau sedikit produktiviti yang dihasilkan, mereka tetap mendapat gaji yang sama. Bahkan, mereka lebih suka jika tidak perlu melakukan kerja, tetapi masih dibayar gaji. 

l Untuk kebaikan. Tidak termasuk perbuatan ikhlas jika tidak untuk tujuan kebaikan. Islam menegah sebarang perbuatan mendatangkan keburukan. Tidak ada perbuatan yang bertujuan mendatangkan keburukan yang boleh dinilai sebagai ikhlas. Seseorang yang melakukan perbuatan buruk disebabkan terpaksa atau darurat hendaklah dengan niat untuk kebaikan. Perbuatan itu dilakukan bukan kerelaan atau sekadar suka-suka. Keikhlasan mendorong seseorang sentiasa mempunyai semangat untuk melakukan kebaikan. Setiap apa yang dilakukan pada hari ini diharapkan lebih baik daripada hari sebelumnya. Sementara, esoknya akan lebih baik daripada hari ini. 

l Dilakukan bersungguh-sungguh. Semua amalan, sama ada berkaitan urusan duniawi atau ukhrawi hendaklah dilakukan bersungguh-sungguh untuk mendapat kebaikan. Allah mencintai hamba-Nya yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh. Kejayaan dan kesempurnaan bergantung kepada kesungguhan dan mengikut aturannya. Ketekunan melakukan kerja dilakukan pada setiap masa biarpun tanpa pemerhatian atau pengawasan pegawai atasan. Dia melakukan seperti sentiasa ada orang memerhati dan menilai kerja itu. 

l Rasa tanggungjawab. Keikhlasan bukan boleh dipaksa-paksa. Keikhlasan turut diikuti dengan rasa bertanggungjawab atas setiap apa yang dilakukan. Keikhlasan tidak lahir jika tiada perasaan tanggungjawab terhadap sesuatu perkara yang dilakukan. Ramai orang bersikap lepas tangan atau tidak mahu bertanggungjawab atas amanah yang perlu dilakukan. Mereka hanya mengaku itu kerja atau tanggungjawabnya jika perkara baik berlaku. Sebaliknya, pihak lain dipersalahkan jika berdepan dengan kegagalan 


Image result for ikhLASKekeliruan dalam ikhlas
Nafsul-ammarah akan menggambarkan ikhlas itu dalam suatu gambaran yang dibenci, iaitu keluar dari hukum akal yang biasa didalam kehidupan, mengikut kehendak orang, tidak ambil peduli, yang selalu nya sangat orang suka melakukanya. Maka apabila dia mengikhlaskan amalan-amalannya kepada Allah semata, dan tiada membuat sesuatu pun kerana manusia, nanti dia akan mengasingkan dirinya kepada mereka, lalu dia pun mengasingkan diri mereka daripadanya, dia kan membenci mereka, dia akan memusuhi mereka, dan mereka juga memusuhi nya, dan dia kan berjalan pada caranya yang tersendiri, maka dengan itu dia telah menjauhkan dirinya. Paling banyak dia hanya mengikhlaskan amalannya sedikit sahaja, yang semuanya tiada bergantung dengan mereka, sedang yang lain-lainnya semua bukan kerana Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan