Rabu, 1 Januari 2014

Hakikat Khuruj Fiisabiilillah

keikhlasan dalam setiap pengorbanan ibarat mata air,senantiasa menjadi harapan bagi para-para musafir,kesuksesan adalah proses terbaik bukanlah hasil akhir.sebagaimana manusia dituntut untuk selalu berfikir


Sifat Para Sahabat R.A. :
6. Hakikat Khuruj Fiisabiilillah






Maksudnya : Keluar dijalan Allah SWT.

Maksud dan tujuannya :
Untuk mengekalkan hidayah didalam diri kita dan menjadikan asbab turunnya hidayah ke seluruh alam.



Kelebihan atau keutamaannya :

Rasulullah saw bersabda :
“Laqod atun awro atun fisabilillahi Khairuminaddunya wama fiiha.”
Maksudnya : Sepagi sepetang keluar dijalan Allah lebih baik daripada mendapatkan dunia beserta isinya.
“Saatun fisabilillahi khirum min khomsina hajjah.”
Maksudnya : Sesaat dijalan Allah lebih baik daripada 50 kali haji.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya. Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah, maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah, beliau juga keluar dengan mendapat pahala atau harta rampasan. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan oleh-Nya pada Hari Kiamat. Ketika beliau terluka warna darah dan baunya adalah seperti minyak kasturi. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya, jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum Muslimin, sudah tentu aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu. Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh, lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh, kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi.


-(Hadis Riwayat Muslim)
- Debu-debu yang menempel di badan orang yang keluar dijalan Allah akan menjadi perisai (pelindung) daripada asap api neraka.

- Malaikat rela membentangkan sayap-sayapnya untuk diinjak orang yang keluar dijalan
Allah.

- Bumi yang tidak dipijak akan merasa dengki dengan bumi yang dipijak oleh orang yang keluar dijalan Allah.

- Semua makhluk baik didaratan ,lautan ataupun udara akan memohan ampun kepada Allah untuk orang yang keluar dijalan Allah.

- Sesaat fikir Agama Allah lebih baik daripada 60 atau 70 tahun ibadah sunat.

- Satu perkataan da’wah lebih baik daripada satu tahun ibadah sunat.

Cara untuk mendapatkannya :

- Hendaklah korbankan Diri, Masa, Harta, Wang Ringgit untuk keluar dijalan Allah.

- Ulama kita cakap, kita hendaklah keluar dijalan Allah :

1. Seumur hidup 4 bulan.
2. Setahun 40 hari.
3. Setiap bulan 3 hari.

- Hendaklah hidupkan musyawarah harian
- Hendaklah hidupkan jaulah 1 dan jaulah 2
- Hendaklah hidupkan ta’lim rumah dan ta’lim Masjid
- Hendaklah hidupkan 2 setengah jam
- Hendaklah hadir pada malam markas
- Hendaklah Istiqomah keluar 3 hari setiap bulan
- Hendaklah siap untuk nusrah (bantu) setiap ada jemaah yang datang




download e-book
fatwa-para-ulama-tentang-jamaah-tabligh.pdf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan