Ahad, 11 Mei 2014

Fungsi Akal Fikiran Manusia


Hati/ Minda/ Perasaan adalah sifat Allah: berilmu/ mengetahui, Yang Menghampiri diri kehadrat Allah, Yang Berbuat bagi Allah, Yang musafir kepada Allah, Yang membuka apa yang ada disisi Allah.

Image result for akal
Imam Ghazali di dalam kitabnya 'Ihya Ulumuddin', mendefinisikan akal sebagai sumber ilmu, tempat timbul, dan sendi ilmu. Ilmu itu berlaku daripada akal sebagaimana berlakunya buah-buahan daripada pohon kayu, sinar dari matahari dan penglihatan daripada mata. Akal juga sering ditakrifkan sebagai alat perubahan berfikir, menimbang buruk baik, atau merasakan segala perubahan keadaan, sehingga dapat mengambil manfaat daripadanya. Tegasnya, akal ialah nur (cahaya) yang dibekalkan oleh Tuhan kepada manusia.   


Akal ialah satu senjata atau kekuatan pemberian Allah yang amat berharga kepada setiap insan. Antara seluruh makhluk ciptaan Allah, manusialah golongan yang paling sempurna, terindah, terbaik, serta terhormat sekalipun manusia bukan makhluk yang terbesar atau tertinggi. Hal ini diterangkan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang bermaksud: 

 "Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaan." (Surah At-Tiin, ayat 4) 

Dengan dibantu oleh pancaindera yang lima, akal dapat membezakan antara hitam dan putih, tinggi dan rendah, buruk dan baik, merugikan dan menguntungkan, yang merosak atau membaiki, dan sebagainya. Bahkan, dengan akal itu manusia telah berjaya mencipta alat-alat moden yang mengagumkan

Fungsi dan Peranan Akal
Fungsi dan Peranan Akal Fungsi utama akal adalah untuk mengenal Tuhan-Nya, memerhatikan segala kekuasaan-Nya, melihat segala keindahan alam serta kebesaran kudrat-Nya supaya dapat menyingkap perkara yang tersembunyi di sebalik rahsia-rahsia itu. Fungsi ini selaras dengan penegasan yang pernah dibuat oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:



  "Akal itu terbahagi kepada tiga bahagian, sebahagian untuk mengenal Allah, sebahagian untuk taat kepada Allah, dan sebahagian lagi untuk sabar (dapat menahan hati) daripada maksiat akan Allah".


Dalam ajaran Islam, mempergunakan akal, menakluk alam, atau menyelidik segala perkara, bukanlah tujuan kepada perkara itu sahaja tetapi supaya kita ingat bahawa di sebalik perkara yang terlihat itu ada kuasa yang ghaib. Di sebalik hidup sekarang ada lagi suatu kehidupan yang lebih kekal. Rasulullah s.a.w. juga pernah mengingatkan manusia supaya menggunakan akal dan fikiran seperti dalam sabdanya yang bermaksud:


  "Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan pertukaran malam dan siang menjadi keterangan bagi orang yang mengerti, yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk, ketika berbaring, dan memikirkan tentang kejadian langit dan bumi". (Surah Al-Imran, ayat 190-191).

Nikmat dan Syukur

Sebenarnya, akal ialah sebesar-besar nikmat dan kurnia yang diberikan Tuhan kepada manusia kerana akal itu akan melindungi dan memeliharanya daripada segala bahaya dan mala petaka yang akan mencelakakannya. Dengan akal, manusia akan takut kebesaran Allah, lalu menahan jiwanya daripada menurut nafsu, sehingga dia dijanjikan tempat di syurga.

Tetapi jika jiwanya dikuasai oleh keinginan yang jahat sehingga pemikirannya dibelit oleh telunjuk nafsu dan syahwat, maka sesungguhnya tempat yang disediakan untuknya ialah neraka Jahanam. Allah telah mengancam akan menyeksa mereka yang lalai dan tidak menggunakan pemikiran untuk mengenal Tuhan dan melihat kekuasan-Nya, lalu dia sesat dan terjerumus dalam pelbagai kesalahan dengan pilihannya sendiri.

Hal ini disebabkan ilmu yang paling tinggi ialah mengenal Tuhan dengan sebenar-benarnya membawa kepada tahap keyakinan yang disebut sebagai haqq al-yaqin. Tetapi tidak ramai orang yang menyedarinya, malah bertindak membelakangi jalan yang selamat dengan memandang ringan nikmat akal yang dikurniakan oleh Tuhan kepadanya. Dia lebih suka tinggal dalam kejahilan. Sehubungan itu, Allah berfirman yang bermaksud:


"Kami beri mereka telinga, mata, dan hati tetapi telinga, mata, dan hati mereka itu tiada berguna kepada mereka barang sedikit pun." (Surah Al-Ahqaf, 26)

Allah s.w.t. telah membezakan antara seorang pemikir yang menggunakan fikirannya untuk berfikir dan meneliti dengan seorang yang lalai dan bodoh yang mengetahui dan memerhatikan.



Yang pertama, Tuhan menyifatkannya sebagai seorang yang celik dan yang kedua sebagai seorang yang buta, lalu Allah telah berfirman yang bermaksud:



 "Katakanlah, adakah sama si buta dengan si celik, tidaklah kamu mahu berfikir." (Surah-Al- An'am, 50).


Alangkah tepat sekali diskripsi terhadap orang yang berfikir iaitu sebagai seorang yang celik dan melihat segala sesuatu dengan penuh pengertian. Justeru, dapat dikatakan bahawa pemikiran ialah jalan untuk mencari kefahaman, penelitian dan kesahihan. Tuntutan Allah s.w.t. supaya ilmu dan fikiran manusia diintegrasikan dengan keimanan terhadap Allah s.w.t. supaya membolehkan orang yang berilmu, ahli sarjana, pemikir, ahli sains, cendekiawan, ilmuwan, dan ulama membangunkan masyarakat serta alam sekitarnya sebagai usaha pengabdiannya kepada Allah s.w.t.



Setelah kita mengetahui kepentingan dan kedudukan fungsi akal, maka menjadi tanggungjawab setiap insan untuk memelihara akal itu. Agama Islam menyuruh umatnya menjauhi dan meninggalkan segala makanan, minuman, dan perbuatan yang boleh merosakkan akal. Islam melarang keras umatnya meminum minuman yang memabukkan dan makan makanan yang merosakkan kesihatan. Islam telah menerangkan cara seharusnya mengunakan waktu supaya tidak menyalahi tabii hidupnya.


Hal ini kerana, orang yang menggunakan waktu bukan pada tempatnya akan merosakkan akal fikirannya seperti orang yang selalu berjaga malam atau banyak tidur pada waktu siang. Kesimpulannya, Allah telah meletakkan akal itu di tempat yang mulia dan mengingatkan manusia supaya tidak berbuat sesuatu, melainkan perkara-perkara yang mendatangkan manfaat. Rasulullah sendiri pernah bertanya kepada Jibrail a.s.: 


 "Apakah yang mulia? Jibrail a.s.s menjawab: "Akal". Oleh sebab itu, marilah kita sama-sama menjaga kelebihan dan fungsi akal sebagai tanda orang yang bersyukur terhadap nikmat-Nya.



Nisbah khayalan... NISBAH KHAYALAN' The phrase "mind's eye" refers to the human ability for visual perception, imagination, visualization, and memory, or, in other words, one's ability to "see" things with the mind. Cognitive processing center Batin ialah apa yang dilihat olih melalui minda/perasaan, bukanya apa yang dilihat olih mata. Keseluruhan dilihat olih mata telah membohongi otak setiap saat.Duniawiyah yang diketahui, bukanlah berkeaadaan seperti apa yang terlihat olih mata, didengar olih telinga. Yang diperkatakan olih lidah. MATA MENGATAKAN MELHAT ‘ADA’. TETAPI MINDA MENGATAKAN IA HANYALAH PERASAAN SEMATA2.. Monisma/ KEHADIRAN TANPA BEZA adalah sifat minda yang sempurna. Berbeza, beragam sifat2 yang dirasa ‘ADA’ hanyalah kecelaruan/ilusi minda yang teledor/ lemah pada mencapai haqiqat kesempurnaan. فالقلب هو العالم بالله وهو المتقرب إلى الله وهو العامل لله وهو الساعي إلى الله وهو المكاشف بما عند الله ولديه Hati/ Minda/ Perasaan adalah sifat Allah: berilmu/ mengetahui, Yang Menghampiri diri kehadrat Allah, Yang Berbuat bagi Allah, Yang musafir kepada Allah, Yang membuka apa yang ada disisi Allah. فيفلح إذا زكاه Berbahgialah yang membersihkannya. ويشقى إذا دنسه Dan celakalah yang mengotorkannya. Setiap ‘KEHIDUPAN’ terarah kepada jurusan2 tertentu. Sesuatu yang terjurus akan mengiakan ilmiah2 secara ta’sub dan akan mengadakan dogma2 penyerasian diri kearah jurusannya. Ia telah berkeputusan memegang jurusan ini sebagai satu kosep kehidupannya. Maka akan adalah kosep2 pertahanan sebagai perisai dari dicerobuhi. Dengan demikian teraturlah kehidupan masing2 dengan ciri2 tersendiri. Material duniawi ilusi2 mataku. MATERIAL DUNIAWI telah membohongi fikriyahku. Tetapi sahabatku ‘SEMALAM’ melapurkan Dan sahabatku ‘TIDUR’ juga manasihatiku Kawanku ‘BESUK’ mengugutku Bahawa duniawiyah itu benar2 ‘TIADA’ bagi fikriyahku Yang suci hening., kiranya aku mengerti Hanya musuhku ‘SEKARANG’ berkata Duniawiyah itu realiti, Kerana fikirku ‘FAKIR’ Telah dicucuk hidung mindaku Olih keboduhan angan2ku Kecintaanku kepada mimpi2 Monisma/ kesendirian/tunggal/esa satu unkapan tauhid Zat yang memberi beberapa pengertian yang bertentangan dengan pensyarikatan dwi /dualisma/ dua paduan/ atau berbilang2 KeTuhanan tidak punya nilai yang dapat dinisbahkan dengan ungkapan2: Umpamanya: Maha suci Allah, Maha mengetahui, Maha mendengar…..Kerana ini berupa nisbah2 pada pencarian tanpa haqiqat ujudNYA. Tidak bolih diungkapkan ‘DIA’ atau ‘AKU’, kerana ini adalah juzu’2 nisbah pada istillah pencarian/ perjalanan/ tariqat jua. لا هو ولا هى Tidak ada ‘AKU’ dan tidak ada ‘DIA’. Dimana tidak juga bolih disebut ‘ADA’ atau ‘TIADA’, kerana ‘KESENDIRIAN/ TUNGGAL/ ESA, tanpa disertai ujud, Kecuali yang ujud hanyalah ujud diriNYA ‘KESENDIRIAN’, tanpa ungkapan: umpamanya ‘TAJJALI’/ Penampakan; ‘KEPADA SIAPAKAH yang ALLAH cuba menampakan ‘SIFAT2NYA’ sekiranya ujud diriNYA ‘KESENDIRIAN’. سبحان الله عن ما يصفون MAHA SUCI ALLAH DARI APA YANG MEREKA SIFATKAN (MONISM A philosophical term, which, in its various meanings, is opposed to Dualism or Pluralism) Jagat/kosmos bukanlah seperti yang dilihat olih mata, dan apa yang difikir oleh minda..Ianya adalah satu kehadiran sekata/ tanpa beza, bukanya berbentuk2/ berwarna warni, bersifat2….. Kefahaman konsep ini adalah 'terhad' kerana kebanyakan menjurus kepada pemusatan, bahawa yang dilihat olih mata itu seolah2 satu reality, tanpa sedar bahawa keseluruhan ujud hanyalah ilusi/fantasi fikriyah semata2. Kepada yang 'TERPINTAR'. ia telah memahami dengan penuh 'KEYAQINAN dan 'KESAKSIAN', bahawa tidak pernah berlaku sesuatu, walau sezarah sekalipun, pada hayat ini kecuali hanyalah 'Ilusi/ pemainanan/ kekalutan fikriyah jua. Monisma adalah satu tesis yang menjelaskan, rangkaian2 ujud adalah satu haqiqat ‘KESERUPAAN ‘/ KESETARAAN pada segala sifat

petikan dari blog tok batin senoi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan