Umat Islam yang progresif telah menghasilkan
banyak aliran pemikiran yang liberal mengenai Islam. Aliran pemikiran ini
adalah hasil cetusan perkembangan globalisasi semasa, berhadapan dengan dakyah
dan tohmahan pihak Barat terhadap Islam. Sebelum ini Islam Fundamental diterima
umum sebagai Islam yang sesuai dengan situasi dunia hari ini. Ia agak
bertentangan dengan Islam Tradisional. Semua aliran ini adalah hasil analisis
pemikir semata-mata untuk melabel hala tuju kecenderungan gerakan selain
perkembangan Islam semasa yang dilabel pengganas, rasis, dan anti-semitik.
Fenomena pemikiran Islam yang liberal sebenarnya
tidak begitu jelas sebagai satu aliran pemikiran yang sekata. Muslim yang
memanggil diri mereka sebagai progresif boleh dikatakan mengamalkan Islam yang
liberal kerana mereka telah mencetuskan beberapa pemikiran liberal dalam Islam.
Akan tetapi sesetengah ahli akademik berpendapat Islam progresif dan Islam
liberal adalah dua aliran yang berbeza. Aliran-aliran ini berkongsi satu
falsafah yang bergantung kepada ijtihad. Muslim yang berfikiran liberal tidak
semestinya berpegang kepada interpretasi ulama traditisional tentang Quran dan
Hadith. Mereka ini secara umumnya mendakwa mahu kembali kepada prinsip asal
Ummah terdahulu dan kepada maksud asal etika dan pendekatan majmuk
(pluralistik) kitab suci.
Fenomena ini adalah salah satu dari
gerakan-gerakan pembaharuan dalam Islam bukannya satu usaha perpecahan agama.
Mereka mendakwa percaya kepada rukun asas dalam Islam seperti Rukun Iman dan
Rukun Islam. Mereka percaya pandangan mereka selari dengan ajaran Islam.
Perbezaan utama mereka dengan aliran konservatif Islam adalah interpretasi
aplikasi nilai-nilai teras Islam dalam kehidupan moden.
Fokus mereka kepada interpretasi individu dan
etika, berbanding dengan maksud literal kitab suci, dan fahaman ini mungkin
berasal dari tradisi Sufi dan tasawwuf Islam.
Autonomi individu untuk mentafsir Quran dan
Hadith
Pandangan yang lebih kritikal dan pelbagai
terhadap teks agama serta pandangan tradisi dalam Islam
Kesamarataan jantina dalam semua aspek ritual
agama
Pandangan yang lebih terbuka dalam budaya moden
termasuk dalam bidang adat, pakaian dan praktis
Galakan menggunakan ijtihad dan fitrah
Muslim liberal selalu menggugurkan tafsiran Quran
yang mereka rasa terlalu konservatif kepada tafsiran yang lebih sedang
disuaikan dengan kehidupan moden. Mereka menganggap tafsiran hendaklah
mengambil kira keadaan pada kurun ketujuh dalam konteks budaya Arab pada masa
itu.
Penggunaan Hadith dipersoalkan kerana
undang-undang Islam banyak mengambil dari Hadith dan bukan dari teks al-Quran,
akibatnya terdapat banyak lompang dalam isu-isu perundangan dan kekeluargaan.
Muslim liberal percaya Islam menggalakkan konsep
kesamarataan dalam segenap aspek.
Muslim liberal bersifat kritikal mengenai
kedudukan wanita dalam tradisi masyarakat Islam terutama konsep poligami dan
hak pewarisan harta pusaka di mana anak perempuan menerima kurang dari anak
lelaki. Mereka juga kritikal dalam konsep wanita sebagai ketua negara dan
wanita tidak seharusnya diasingkan dari lelaki dalam masjid. Sesetengah Muslim
liberal bersetuju wanita menjadi imam dalam sembahyang dengan makmum lelaki dan
perempuan.
Sesetengah Muslim feminis juga menolak kewajipan
hijab, dengan mendakwa pakaian yang sopan adalah cukup untuk lelaki dan
perempuan. Bagaimana pun sesetengah Muslim feminis memakai hijab sebagai simbol
menentang perlakuan wanita sebagai objek seks.
Sesetengah Muslim liberal lebih suka kepada idea
demokrasi sekular moden dan pemisahan antara negara dan agama sekaligus bertentangan
dengan idea Islam dan politik tidak boleh dipisahkan.
Penggunaan hukum Syariah dipertikaikan. Hujah
mereka banyak menggunakan varian dari teori Muktazilah bahawa Quran itu dicipta
Tuhan untuk masyarakat pada masa-masa tertentu, dan akal mestilah digunakan
untuk penyelesaian masalah dalam konteks terkini.
Mereka lebih terbuka kepada dialog antara agama
untuk menyelesaikan konflik dengan Yahudi, Kristian, Hindu dan mazhab-mazhab
lain dalam Islam.
Gagasan jihad lebih difahami sebagai perjuangan
dalam diri sendiri berbanding perjuangan bersenjata
Mereka ini selalunya skeptikal terhadap kesahihan
ilmu-ilmu yang berbaur Islam seperti ekonomi Islam, sains Islam, sejarah Islam
dan falsafah Islam sebagai satu cabang ilmu berasingan dari bidang ilmu
perdana. Mereka menganggap penyebaran cabang-cabang ilmu ini sebagai propaganda
Muslim konservatif. Mereka lebih suka merujuk kepada hasil kerja sarjana dari
Barat.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-74 pada 25-27 Julai 2006 memutuskan
pemikiran Islam Liberal adalah sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam. Hujah yang digunakan adalah seperti Islam cuma satu, iaitu yang dibawa oleh
Nabi Muhammad SAW menerusi al-Quran dan Sunnah.
Kerajaan Malaysia sebagai pemerintah Islam yang
diamanahkan untuk menjalankan amar makruf dan nahi mungkar telah bertindak
bijak dalam soal ini. Tindakan berasaskan siyasah syar’iyyah iaitu demi
menjamin kesucian agama di samping membangunkan urusan dunia (hirasat al-din wa
‘imarat al-dunya). Melalui konsep tersebut maka pengharaman pemikiran-pemikiran
tertentu adalah salah satu cara yang digunakan oleh pemerintah demi menyekat jalan-jalan
(sadd al-zari’ah) yang boleh merosakkan aqidah dan pemikiran umat Islam.
Pemikiran adalah hak asasi setiap individu yang
berakal. Dengan pemikiran juga lahirnya segala tingkah laku dan amal perbuatan.
Hadith Rasulullah s.a.w. mengatakan: “Sesungguhnya setiap amalan itu dengan
niat”.
Walau bagaimanapun terdapat pendapat yang
mengatakan usaha menyekat pemikiran liberal dilakukan kerana tidak mahu orang
Islam bersikap terbuka. Seperti kata Setiausaha Majlis Uskup-Uskup Katolik
Malaysia, Brother Augustine Julian
Malangnya, mereka tidak mahu orang Islam bersikap
terlalu terbuka dalam membincangkan isu Islam. Mungkin mereka beranggapan jika
seseorang itu terlalu terbuka, maka mereka boleh mempersoalkan kelemahan yang
wujud dalam Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan