Ahad, 16 Februari 2014

Imam Nawawi


Image result for bismillah                                Disamping digelar sebagai Imam, beliau juga digelar sebagai al-Hafiz, al-Faqih, al-Muhaddith, Syeikhul Islam, Muhyiddin, pembela Sunnah, penentang bidaah dan pejuang ilmu-ilmu agama. Nama lengkapnya adalah Abu Zakariya Yahya bin Syaraf bin Murri bin Hasan bin Husain bin Muhammad bin Jum’ah bin Hizam an-Nawawi ad-Dimasyqi.
Image result for imam nawawi
Kelahiran

Beliau dilahirkan di desa Nawa yang termasuk wilayah Hauran pada tahun 631H/1210M. Moyangnya iaitu Hizam singgah di Golan kemudian beliau tinggal di sana dan Allah s.w.t memberikan kepadanya keturunan yang ramai, salah sorang daripadanya adalah Imam Nawawi.

Ramai orang di sana melihat Imam Nawawi memiliki kepandaian dan kecerdasan sejak kecil lagi. Mereka menemui ayahnya dan meminta beliau agar memperhatikan Imam Nawawi dengan lebih baik. Ayahnya mendorong Imam Nawawi menghafaz al-Quran. Maka Imam Nawawi mula menghafaz al-Quran dan beliau dididik oleh para ulama yang terkenal. Imam Nawawi melakukan pergorbanan dengan meninggalkan masa bermain-mainnya kerana beliau harus menekuni Al-Quran dan menghafaznya.


Sebahagian gurunya pernah melihat Imam Nawawi dipaksa oleh kanak-kanak lain untuk bermain bersama mereka, tetapi beliau enggan. Lalu Imam Nawawi lari meninggalkan mereka sambil menagis kerana dipaksa. Dalam keadaan yang demikian itu, beliau tetap membaca Al-Quran.

Menuntut ilmu

Imam Nawawi terus membaca Al-Quran sampai beliau mampu menghafaznya ketika mendekati usia baligh. Ketika berusia 9 tahun, ayahnya membawa dia ke Damsyiq untuk menuntut ilmu dengan lebih dalam lagi. Maka, tinggallah beliau di Madrasah ar-Rawahiyah pada tahun 649H. Beliau menghafal kitab at-Tanbih dalam tempoh empat bulan setengah dan belajar kitab al-Muhadzdzab karangan Imam Syirazi dalam tempoh lapan bulan pada tahun yang sama. Dia menuntut ilmu ini semua dengan berkat bimbingan gurunya, Kamal Ishaq bin Ahmad bin Usman al-Maghribi al-Maqdisi. Beliau adalah guru pertama Imam Nawawi dalam ilmu fiqh dan beliau memberi perhatian yang lebih kepada Imam Nawawi. Beliau berasa kagum atas ketekunana Imam Nawawi belajar dan ketidaksukaanya bergaul dengan kanak-kanak yang lain yang sebaya dengannya. Beliau amat mencintai muridnya itu dan akhirnya beliau mengangkat Imam Nawawi sebagai pengajar untuk sebagian besar jamaahnya.

Guru-guru Imam Nawawi

Imam Nawawi belajar pada guru-guru yang amat terkenal seperti:

1.     Abdul Aziz bin Muhammad al-Ashari

2.    Zainuddin bin Abdud Daim

3.    Imaduddin bin Abdul Karim al-Harastani

4.    Zainuddin Abul Baqa

5.    Khalid bin Yusuf al-Maqdisi an-Nabalusi

6.    Jamaluddin Ibn Ash-Shairafi

7.    Taqiyyuddin bin Abul Yusri

8.    Syamsuddin bin Abu Umar

Imam Nawawi belajar ilmu hadith daripada :

1.     Syeikh Muhaqqiq Abu Ishaq Ibrahim bin Isa al-Muradi al-Andalusi

Beliau belajar ilmu fiqh daripada :

1.     Kamal Ishaq bin Ahmad bin Usman al-Maghribi al-Maqdisi

2.    Syamsuddin Abdurrahman bin Nuh dan Izzuddin al-Arbili  

Imam Nawawi tekun menuntut ilmu-ilmu agama, mengarang, menyebarkan ilmu, beribadah, berzikir, sabar menjalani hidup yang amat sederhana dan berpakaian tanpa berlebihan.

Murid Imam Nawawi

Tidak sedikit ulama yang datang untuk belajar kepada Iman Nawawi. Diantara mereka adalah:

1.     Katib Shadrudin Sulaiman al-Ja’fari

2.    Syihabuddin al-Arbadi

3.    Shihabuddin bin Ja’waan

4.    ‘Alaudin al-Athaar

Antara ulama yang meriwayatkan hadith dari Imam Nawawi adalah :

1.     Ibnu Abil Fath

2,    Al-Mazi

Kesungguhan Imam Nawawi

Setiap hari, Imam Nawawi membaca dan mempelajari 12 mata pelajaran pada guru-gurunya. Pelajaran-pelajaran yang harus dikuasainya antara lain:

• Dua pelajaran berkenaan dengan al-Wasiith.

• Satu pelajaran berkenaan dengan al-Muhazzab oleh Imam Syirazi.

• Satu pelajaran berkenaan dengan al-Jam’u baina As-Shahihain oleh al-Humaidi.

• Satu pelajaran berkenaan dengan Shahih Muslim.

• Satu pelajaran berkenaan dengan al-Luma’ oleh Ibnu Jana.

• Satu pelajaran berkenaan dengan Ishaahul Mantiq oleh Ibnu Sikkit.

• Satu pelajaran berkenaan dengan Tashrif.

• Satu pelajaran berkenaan dengan Ushulul Figh.

• Satu pelajaran berkenaan dengan nama-nama perawi hadith.

• Satu pelajaran berkenaan dengan Ushuluddin.

Beliau membuat catatan atas semua hal yang berkaitan dengan apa yang dipelajari dengan cara memberi penjelasan atas bagian-bagian yang rumit, iaitu dengan memberinya ibarat atau ungkapan yang lebih jelas dan mudah dipelajari, termasuk juga membetulkan bahasanya. Beliau tidak mahu menghabiskan waktunya kecuali menuntut ilmu. Bahkan ketika beliau pergi ke manapun, dalam perjalanan, hingga pulang ke rumah, beliau sibuk mengulangi hafalan-hafalan dan bacaan-bacaannya. Beliau bermujadalah dan mengamalkan ilmunya dengan penuh warak dan membersihkan jiwa dari pengaruh-pengaruh buruk sehingga dalam waktu yang singkat baliau telah hafal hadith-hadith dan berbagai disiplin ilmu hadits.

Tidak dinafikan bahawa beliau adalah seorang alim dalam ilmu-ilmu Fiqh dan Usuluddin. Beliau telah mencapai puncak pengetahuan mazhab Imam Syafie ra dan imam-imam lain. Belaiu juga memimpin Yayasan Darul Hadits al-Asyrafiyyah Al-Ulla dan mengajar di sanatanpa mengambil bayaran sedikitpun.

Tentu saja Allah s.w.t amat berkenan dengan apa yang beliau lakukan sehingga beliau selalu mendapat dukunganNya sehingga yang jauh menjadi dekat, yang sulit menjadi mudah baginya. Di samping keahlian itu, beliau juga mendapatkan tiga hal penting:

a) Kedamaian fikiran dan waktu yang luang. Imam Nawawi mendapat bahagian yang banyak dari keduanya karena tidak ada hal-hal duniawi yang menyibukkannya sehingga terlena dalam hal-hal yang tidak bermanfaat.

b) Beliau dapat mengumpul kitab-kitab yang digunakan untuk memeriksa dan mengetahui pendapat para ulama lainnya.

c) Memiliki niat yang baik, kewarakan dan zuhud yang banyak serta amal-amal soleh yang bersinar.

Imam Nawawi amat beruntung memiliki semua itu sehingga hasil besar dicapainya ketika beliau baru berusia yang muda dan dalam waktu yang boleh dikatakan amat singkat iaitu tidak lebih dari 45 tahun, tapi penuh dengan kebaikan dan keberkatan dari Allah s.w.t.

Kitab-kitab yang dipelajarinya dari guru-gurunya antara lain: kitab hadith yang enam yaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Sunan at- Tirmizi, Sunan Nasai, Sunan Ibn Majah dan Muwatta’ Imam Malik, Musnad Imam Syafie, Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, Sunan ad-Darimi, Sunan Daraquthi, Sunan Baihaqi, Syarhus Sunan oleh al-Baghawi dan kitab Ma’alimut Berita dalam tafsir al-Baghawi juga, ‘Amalul Yaumi Wallailah oleh Ibnu as-Sunni, al-Jaami’li Adaabir al-Qusyairiyah dan al-Ansaab oleh az-Zubair bin Bakar serta banyak lagi.

Akhlak Imam Nawawi

Imam Nawawi mempunyai penguasaan ilmu yang luas, ketekunan yang mengagumkan, senantiasa bersifat warak, zuhud dan sabar dalam kesederhana hidupnya. Pada waktu yang sama, beliau juga dikenal mempunyai kesungguhan yang luarbiasa dan berbagai kebaikan yang lain. Beliau tidak rela menghabiskan satu minit dalam kehidupannya tanpa ketaatan kepada Rabnya.

Beliau menyara kehidupan dari sumbangan atau amal jariyah yang diberikan orang-orang kepada Madrasah ar-Rawahiyah yang dipimpinnya dan dari apa yang diwariskan oleh ibu bapanya. Sekalipun demikian, kadang-kadang beliau bersedekah dari hartanya yang tidak berlebihan itu.

Beliau banyak memanfaatkan waktu malam hari semata-mata untuk beribadah dan menulis kitab-kitab agama dan tidak lupa menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Sebagai seorang penegak kebenaran, beliau dengan gagah berani menghadapi kezaliman para penguasa dengan nasihat-nasihat yang bijaksana dan mengingkari mereka atas pelanggaran yang mereka lakukan sebagai seorang penguasa. Beliau tidak terpengaruh dengan celaan orang-orang yang mencelanya dalam menegakkan agama Allah s.w.t. Jika tidak dapat menghadapi mereka secara langsung, beliau akan menulis surat-surat yang ditujukan kepada mereka sebagai media dakwahnya. Beliau senantiasa diliputi ketenangan dan kewibawaan ketika membahas masalah-masalah agama bersama para ulama dengan mengikuti warisan Salafus Soleh dan Ahli Sunnah wal Jama’ah.

Tidak perlu diragukan lagi bahawa beliau amat rajin membaca al-Quran, berzikir dengan nama-nama Allah Yang Agung (Asmaul Husna), berpaling dari dunia dan memusatkan  perhatian dalam urusan-urusan dunia yang memiliki nilai akhirat.
Kubur Imam Nawawi

Kitab-kitab Imam Nawawi

Beliau telah menghasilkan banyak kitab, diantaranya:

1.     Syarah Muslim

2.    Al- Irsyad  

3.    At-Taqrib(berkenaan dengan ilmu Muthalah hadith)

4.    Tahdzibul Asmaa’ wal Lughaat

5.    Al-Manaasik Shughra

6.    Al-Manaasik Kubra

7.    Minhajut Taalibin

8.    Bustaanul ‘Arifiin

9.    Khulaasahtul Ahkaam fi Muhimmaaatis

10.    Sunan wa Qawaa’idil Islam

11.    Raudhatut Taalibiin fii ‘Umdatil Muftiin



Kitab al-Azkar
12.    Hulyatul Abrar wa Syi’aarul Akhyaar fii Talkhiishid Da’awaat wal Adzkaar yang lebih dikenal dengan nama Adzkaar lin Nawawi


Kitab Majmu' Syarah Muhazzab
13.    At-Tibyaan fii Aadaabi Hamalatil Quran






14.    Majmu' Syarah Muhazzab

15. Riyaddus Salihin 
Kitab Riyaddus Salihin
Kubur Imam Nawawi

Imam Nawawi Meninggal Dunia

Di penghujung usianya, Imam Nawawi bertolak ke negeri kelahirannya dan berziarah ke al-Quds dan makam Nabi Ibrahim al-Khalil. Kemudian beliau kembali ke Nawa dan ketika itulah beliau jatuh sakit di samping ayah bondanya. Imam Nawawi wafat pada malam Rabu 24 Rajab tahun 676H/1255M dan dimakamkan di Nawa. Kubur beliau sangat terkenal dan selalu diziarahi orang-orang yang mengagumi perjuangannya dalam menegakkan agama Islam. Kepergian Imam Nawawi telah menyebabkan kesedihan tiada terhingga bagi penduduk Damsyiq. Mudah-mudahan Allah s.w.t selalu menganugerahi rahmat-Nya dan meninggikan darjatnya di syurga.


riyadhus shalihin imam nawawi download link  
SYARAH HADITS ARBA'IN AN-NAWAWI -download link

Tiada ulasan:

Catat Ulasan