SABAR tak tercapai kalau tak REDHA.
Nak redha perlulah beriman pada QADA dan QADAR.
Dalam Qada dan Qadar perlu kenal hikmah.
Hikmah yg.mengenalkan HAKIKAT wujudnya.
Duduklah dengan sabar hingga diberi MAKRIFAH.
Kerana ikhlas itu adalah darinya.
Tanda seseorang ikhlas dalam apa yang dilakukan dapat dinilai berdasarkan
beberapa perkara.

l Hanya kerana Allah. Setiap apa yang dilakukan mesti diniatkan hanya kerana
Allah. Apa yang dilakukan sebagai tanda beribadat dan mengabdikan diri kepada
Allah. Firman Allah bermaksud: "Tidak akan ciptakan jin dan manusia,
melainkan hanya untuk beribadat kepada-Ku."
(Surah adz-Dzariyat, ayat 56). Niat dalam hati mesti sama dengan apa yang ingin
dilakukan. Manusia tidak mampu menipu Allah apa yang tersimpan di dalam hati.
Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dan Kami
mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya. Kami lebih hampir kepadanya
daripada urat lehernya."
(Surah Qaaf, ayat 16). Jika ada niat lain tersimpan di dalam hati, maka tidak
adalah keikhlasan yang sebenar. Hanya orang yang melakukan dengan ikhlas
diterima ibadatnya. Amalan tanpa disertakan keikhlasan tidak menjadi sebahagian
daripada ibadat.
l Mengharapkan rahmat dan belas kasihan Allah. Sesungguhnya setiap apa yang
berlaku sepenuhnya di bawah kekuasaan Allah. Gantungkan harapan agar apa yang
dilakukan mendapat rahmat dan belas kasihan Allah agar tercapai seperti apa
yang diingini. Sesiapa mengharapkan rahmat Allah tidak akan mempersia-siakan
peluang melakukan ibadat. Setiap apa yang dilakukan dikira ibadat jika ikhlas
mengharapkan rahmat Allah.
l Dengan kerelaan sendiri. Keikhlasan hanya wujud jika amalan dilakukan dengan kerelaan diri sendiri. Sesiapa melakukan dengan sebab terpaksa hanya mendapat 'balasan' daripada orang yang menyebabkan dia terpaksa melakukan amalan itu. Seharusnya, setiap urusan hidup dan ibadah adalah kerelaan diri mencari keredaan-Nya. Kerja yang dilakukan dengan terpaksa tidak akan menghasilkan kejayaan. Apa yang dilakukan sekadar siap atau melepasi tahap minimum yang ditetapkan. Perkara ini banyak berlaku dalam pekerjaan yang bergaji tetap. Banyak atau sedikit produktiviti yang dihasilkan, mereka tetap mendapat gaji yang sama. Bahkan, mereka lebih suka jika tidak perlu melakukan kerja, tetapi masih dibayar gaji.
l Untuk kebaikan. Tidak termasuk perbuatan ikhlas jika tidak untuk tujuan
kebaikan. Islam menegah sebarang perbuatan mendatangkan keburukan. Tidak ada
perbuatan yang bertujuan mendatangkan keburukan yang boleh dinilai sebagai
ikhlas. Seseorang yang melakukan perbuatan buruk disebabkan terpaksa atau
darurat hendaklah dengan niat untuk kebaikan. Perbuatan itu dilakukan bukan
kerelaan atau sekadar suka-suka. Keikhlasan mendorong seseorang sentiasa
mempunyai semangat untuk melakukan kebaikan. Setiap apa yang dilakukan pada
hari ini diharapkan lebih baik daripada hari sebelumnya. Sementara, esoknya
akan lebih baik daripada hari ini.
l Dilakukan bersungguh-sungguh. Semua amalan, sama ada berkaitan urusan duniawi
atau ukhrawi hendaklah dilakukan bersungguh-sungguh untuk mendapat kebaikan.
Allah mencintai hamba-Nya yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan
bersungguh-sungguh. Kejayaan dan kesempurnaan bergantung kepada kesungguhan dan
mengikut aturannya. Ketekunan melakukan kerja dilakukan pada setiap masa
biarpun tanpa pemerhatian atau pengawasan pegawai atasan. Dia melakukan seperti
sentiasa ada orang memerhati dan menilai kerja itu.
l Rasa tanggungjawab. Keikhlasan bukan boleh dipaksa-paksa. Keikhlasan turut
diikuti dengan rasa bertanggungjawab atas setiap apa yang dilakukan. Keikhlasan
tidak lahir jika tiada perasaan tanggungjawab terhadap sesuatu perkara yang
dilakukan. Ramai orang bersikap lepas tangan atau tidak mahu bertanggungjawab
atas amanah yang perlu dilakukan. Mereka hanya mengaku itu kerja atau
tanggungjawabnya jika perkara baik berlaku. Sebaliknya, pihak lain
dipersalahkan jika berdepan dengan kegagalan
Nafsul-ammarah akan menggambarkan ikhlas itu dalam suatu
gambaran yang dibenci, iaitu keluar dari hukum akal yang biasa didalam
kehidupan, mengikut kehendak orang, tidak ambil peduli, yang selalu nya sangat
orang suka melakukanya. Maka apabila dia mengikhlaskan amalan-amalannya kepada
Allah semata, dan tiada membuat sesuatu pun kerana manusia, nanti dia akan
mengasingkan dirinya kepada mereka, lalu dia pun mengasingkan diri mereka
daripadanya, dia kan membenci mereka, dia akan memusuhi mereka, dan mereka juga
memusuhi nya, dan dia kan berjalan pada caranya yang tersendiri, maka dengan
itu dia telah menjauhkan dirinya. Paling banyak dia hanya mengikhlaskan amalannya
sedikit sahaja, yang semuanya tiada bergantung dengan mereka, sedang yang
lain-lainnya semua bukan kerana Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan