Uthman bin Affan (Arab: عثمانبنعفان) merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad
SAW. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dalam kalangan umat
Islam mengenai cara bacaan al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah
meminjam suhuf, (kumpulan penulisan al-Quran daripada Hafsa. Selepas itu Uthman
bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula
al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman.
Salinan Mushaf Uthman tersebut dihantar ke seluruh pusat jajahan bagi
menggantikan salinan-salinan yang lain.
Saidina Uthman dilahirkan
di dalam sebuah keluarga Quraisy yang kaya di Makkah beberapa tahun selepas
kelahiran Nabi Muhammad SAW. Beliau ialah salah seorang daripada orang yang
pertama sekali memeluk Islam dan amat dikenali kerana sifat dermawannya kepada
orang yang susah. Beliau juga berhijrah ke Habsyah dan kemudian penghijrahan
dari Makkah ke Madinah.
Saidina Uthman menjadi
khalifah selepas Saidina Umar Al-Khattab dibunuh pada tahun 644. Beliau
memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656.
Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan
Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam. Adalah dikatakan bahawa
Saidina Uthman melantik saudaranya sebagai pentadbir jajahan baru Islam. Enam
tahun pertama pemerintahannya aman manakala enam tahun terakhir pula keadaan
huru-hara. Beliau berjaya menyatukan mushaf al-Quran yang berbeza-beza kepada
satu mushaf mengikut susunan mushaf yang dikumpulkan oleh Abu Bakar. Hingga
hari ini, kita gunakan Mushaf Uthmani. seorang sahabat nabi dermawan. Semasa di
Madinah membeli telaga air dari Yahudi dan mewaqafkan ianya untuk keperluan
masyarakat islam.
Sayyidina Ali
bin Abi Talib (Bahasa Arab: علي بن أبي طالب; 13 Rejab, 22 atau 16 SH – 21 Ramadan, 40 H; 20 September 601 atau
17 Julai 607 – 31
Januari 661 Masihi) ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. selepas
mengahwini puteri Rasulullah s.a.w. iaitu FatimahAz-Zahra. Beliau merupakan
Khulafa al-Rasyidin yang keempat, memerintah dari tahun 656 hingga 661 Masihi.
Penganut Syiah mengganggap beliau sebagai Imam pertama dan waris sah selepas
Rasulullah SAW.
Sayyidina Ali
dilahirkan di Makkah pada tahun 601. Bapa Sayyidina Ali, Abu Talib ialah pembesar
puak Quraisy dan juga bapa saudara kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa Nabi
Muhammad s.a.w. menerima wahyu daripada Allah s.w.t., Sayyidina Ali merupakan
kanak-kanak yang pertama memeluk Islam.
Sayyidina Ali
sentiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman terhadap orang Muslim
berlaku. Pada tahun 622 Masihi, semasa peristiwa hijrah berlaku, Saidina Ali
mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah s.a.w. lantas berjaya
mengelakkan satu percubaan membunuh baginda. Ali sendiri berhijrah beberapa
tahun selepas itu
Semasa
berlakunya Perang Badar, Sayyidina Ali menumpaskan seorang jaguh Quraisy iaitu
Al Walid bin Utbah di samping askar-askar Makkah yang lain. disamping itu para
sahabat Rasulullah s.a.w juga memainkan peranan yang penting di sisi Nabi
sebagai pejuang agama Allah.
Beliau
mengahwini Fatimah az-Zahra, anak kepada Rasulullah s.a.w. Ketika itu beliau
berumur 25 tahun dan Siti Fatimah berumur 18 tahun. Kerana kemiskinannya
Saidina Ali menjual baju besi perangnya untuk dijadikan mahar. walaupun begitu
para sahabat lain seperti Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman
dan Sayyidina Abdul Rahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan
majlis perkahwinan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah SAW, kekasih
yang amat mereka cintai.
Sepanjang
sepuluh tahun Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai penduduk Madinah, Saidina Ali
senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam. Beliau
menyertai semua peperangan bersama Rasullullah s.a.w kecuali Perang Tabuk.
Beliau juga menjadi salah seorang hakim dan penulis wahyu baginda.
Selepas
wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 632 masihi, Saidina Abu Bakar dilantik
menjadi khalifah pertama umat Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Ali terus
menerima Saidina Abu Bakar sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW
sekali gus menafikan fitnah yang dilontarkan oleh kaum Syiah. Ahli Sunah
Waljamaah percaya perlantikan Saidina Abu Bakar merupakan sesuatu yang tepat
sekali mengikut syariat Allah dan Rasulullah. Malah Saiyidina Ali menjadi salah
seorang tentera Islam di bawah pemerintahan Saiyidina Abu Bakar untuk memerangi
kaum yang murtad dan tidak mahu membayar zakat. Golongan Syiah pula percaya
memandangkan Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu kepada Rasulullah s.a.w.
maka beliaulah yang seharusnya dilantik menjadi khalifah.
Pada tahun 656
masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman bin Affan wafat kerana
dibunuh oleh puak pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Pemberontakan mereka
atas sebab tidak puas hati dengan Saidina Uthman yang dikatakan mengamalkan
nepotisme dan menggunakan harta baitul mal untuk keluarganya. Atas keputusan
ahli Syura mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali
menolak. Tetapi selepas didesak, beliau akhirnya menerima untuk menjadi
khalifah.Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah ialah
mencari pembunuh saidina Uthman mengikut saluran undang-undang Islam. dengan
menghapuskan pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan Rafidhah yang
menghasut para sahabat. Isteri Rasulullah iaitu Ummul Mukminin Saidatina
Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi iaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn
Awwam telah terlibat sama. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina
Ali dalam Perang Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan
ini, Talhah dan Zubair terkorban akibat dibunuh oleh golongan Rafidhah yang
mengaku sebagai pengikut Saidina Ali. Manakala Saidatina Aisyah dikembalikan ke
Madinah oleh Saidina Ali. Beliau menjalankan satu misi dengan mengarahkan 100
orang wanita menyamar lelaki dan menutup muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin
Aisyah kembali ke Madinah.
Namun ada juga
yang mengatakan: Keluarnya Aisyah bersama Thalhah dan Az Zubair bin Al Awwam ke
Bashrah dalam rangka mempersatukan kekuatan mereka bersama Ali bin Abi Thalib
untuk menegakkan hukum qishash terhadap para pembunuh Utsman bin Affan. Hanya
saja Ali bin Abi Thalib meminta penundaan untuk menunaikan permintaan qishash
tersebut. Ini semua mereka lakukan berdasarkan ijtihad walaupun Ali bin Abi Thalib
lebih mendekati kebenaran daripada mereka. (Daf'ul Kadzib 216-217)
Selepas itu,
Saidina Ali melantik gabenor-gabenor baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir
yang dilantik oleh Saidina Uthman. Saidina Ali memindahkan pusat pentadbiran
Islam daripada Madinah ke Kufah, Iraq. Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh
Muawiyah, Gabebor Syria dan saudara Saidina Uthman. Muawiyah telah dilantik
sebagai Gabenor pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi.
Muawiyah, yang
menyimpan cita-cita politik yang besar, berpendapat bahawa siasatan berkenaan
dengan pembunuhan Saidina Uthman adalah merupakan keutamaan bagi negara ketika
itu dan beliau ingin mengetahui siapakah pembunuh Saidina Uthman dan pembunuh
tersebut mestilah dihukum qisas. Bagi Saidina Ali, beliau berpendapat keadaan
dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk
berbaiah kepadanya sebelum beliau menyiasat kes pembunuhan Saidina Uthman.
Muawiyah kemudiannnya menyatakan rasa kesal dengan kelambatan Saidina Ali
menyiasat kematian Saidina Uthman, lalu melancarkan serangan ke atas Saidina
Ali. Akhirnya terjadilah Perang Siffin di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Di
dalam peperangan ini antara para sahabat yang terlibat adalah Amru Al-Ash,
Ammar ibn Yasir, Abdullah ibn Amru Al Ash, Abdullah ibn Abbas.
Ada di antara
para sahabat bersikap berkecuali di dalam hal ini. Antaranya adalah Abdullah
ibn Umar, Muhammad ibn Maslamah, Sa'ad ibn Abi Waqqas, Usamah ibn Zaid.
(c. 581 - November, 644), kadang-kadang dipanggil
juga sebagai Umar al-Farooq ataupun Omar atau Umar ialah daripada Bani Adi
iaitu salah satu golongan Bani Adi Quraisy. Beliau menjadi khalifah kedua Islam
pada 23 Ogos (633-644 Masihi) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan
merupakan salah seorang Khulafa al-Rasyidin.
Kehidupan awal
Saidina Umar dilahirkan di Makkah. Bapanya
bernama Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza. Beliau dikatakan terdiri daripada
golongan kelas pertengahan. Sewaktu kecilnya beliau pernah mengembala kambing
dan pada zaman dewasanya beliau berniaga dengan berulang-alik ke Syam membawa
barang dagangan. Beliau juga berilmu, perkara yang amat jarang berlaku pada
masa tersebut, dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan
terkenal kerana kegagahannya.
Ringkasan
Saidina Umar bin al-Khattab telah mendapat
hidayat Islam pada tahun ke-6 kenabian ketika berumur 39 tahun. Beliau memeluk
Islam setelah mendengar adik perempuannya membaca ayat-ayat al-Quran . Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani bahawa Rasulullah s.a.w juga
pernah berdoa: Ya Allah , kuatkanlah Islam dengan Umar. Sebuah hadis daripada
Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Apabila Umar memeluk Islam, Jibrail pun datang dan berkata : Ya Muhammad ,
sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan Islamnya Umar
Memeluk Islam
Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan
Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi
masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang
Islam pada masa itu.
Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar
dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan
rakannya Nu'aim bin 'Abdullah yang mengatakan bahawa beliau haruslah
membetulkan adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.
Saidina Umar pergi ke rumah adiknya serta
suaminya dan mendapati mereka berdua dan Khabbab bin 'Aratt sedang membaca
al-Quran daripada Surah Taha. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau
memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan
sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya.
Beliau berasa terharu apabila mendengar ayat-ayat al-Quran yang begitu indah
sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga.[3]
Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan
melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Peristiwa ini terjadi pada
bulan Zulhijjah tahun keenam kenabian.[4]
Saidina Umar di Madinah
Saidina umar merupakan antara individu yang
berhijrah ke Yathrib (kemudiannya dikenali sebagai Madinah). Dia merupakan
salah seorang daripada Sahabat Rasulullah s.a.w..
Pada tahun 625 M, anak perempuan Saidina Umar
iaitu Hafsa mengahwini Nabi Muhammad s.a.w.
Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632 Masihi.
Saidina Umar dikatakan amat sedih dengan kewafatan Rasulullah s.a.w.
sehinggakan beliau sanggup membunuh sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa
Rasulullah s.a.w. telah wafat. Beliau kemudiannya kembali tenang selepas
Saidina Abu Bakar (khalifah pertama umat Islam) berucap "Sesiapa yang
menyembah Muhammad ketahuilah bahawa baginda telah wafat, tetapi sesiapa yang
menyembah Allah s.w.t., ketahuilah bahawa Allah itu hidup dan tidak akan
mati." Saidina Abu Bakar kemudiannya membaca beberapa potong ayat Al Quran
untuk mententeramkan umat Islam.
Saidina Abu Bakar dengan sokongan Saidina Umar
menjadi khalifah pertama umat Islam. Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu
Bakar, Saidina Umar merupakan penasihat Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar
mencalonkan Saidina Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634
M. Dengan itu Saidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.
Pemerintahan Saidina Umar
Semasa pemerintahan Saidina Umar, empayar Islam
berkembang dengan pesat; orang Islam menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan
Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan
Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom
Timur). Ada di antara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam
seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000
orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini
mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.
Pada tahun 637 Masihi, selepas pengepungan
Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut.
Paderi besar Baitulmuqaddis iaitu Patriarch Sophronius menyerahkan kunci kota
itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudiannya mengajak Saidina Umar supaya
bersembahyang di dalam gereja besar Kristian iaitu gereja Church of the Holy
Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak berapa
jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan status gereja
tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid
yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat.
Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap
sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang
baru ditakluk dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa
pemerintahannya juga kota Basra♙
dan Kufah dibina.
Saidina Umar juga amat dikenali kerana
kehidupannya yang sederhana.
Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran.
Membentuk Majlis Syura.
Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura
yang merupakan lembaga atau majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi
kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan majlis Syura Am.
Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri
daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Tsabit, Abdul Rahman bin
Auf, Saad bin Abi Waqas dan Mu'az bin Jabal. Semua pekara yang melibatkan
masalah politik, keselamatan dan sosial negara akan dibincangkan bersama-sama
dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini juga bertanggungjawab menentukan polisi
negara dalam soal pemerintahan dalaman dan hubungan luar.
Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat
mengetahui apa-apa permasalahan yang berlaku dalam semua segi. Beliau juga
membuka peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk
mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam,
Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan pendapat
adalah manusia yang tidak berfaedah.
Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam.
Perkembangan Islam yang semakin luas dengan
pembukaan negara-negara Islam yang baru telah memerlukan kepada pentadbir bagi
menguruskan sesebuah negara. Dengan perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah
membahagikan kerajaan Islam yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi
menjaga kelicinan pentadbiran Islam. Umar meletakkan beberapa orang pegawai
untuk menjalankan pentadbiran. Mereka yang dilantik hendaklah datang ke Mekah
pada tiap-tiap tahun selepas menunaikan haji untuk membuat laporan. Khalifah
Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih pegawai-pegawai yang cekap bagi
melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya Muawiyah bin Abu Sufyan, Amru bin
al-Ass, Al Mughirah bin Syu’bah dan Zaid bin Sumyah.
Sebelum seorang Gabenor itu dilantik, mereka
haruslah mengisytiharkan harta mereka bagi mengelakkan dari menerima rasuah.
Inilah syarat yang dikenakan oleh Khalifah Umar Al-Khattab bagi menjamin
keadilan dan kesucian Islam.
Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah.
Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah
Umar untuk melakukan pembaharuan terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syam dan Iraq
misalnya, segala tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan
segala hasil dari tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai
kemudahan-kemudahan awam negara itu juga. Khalifah Umar juga menetapkan
tanah-tanah yang dimiliki oleh penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya
akan dikenakan cukai.
Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak
dibenarkan mengambil tanah dari negara jajahan kecuali melalui pembelian. Ini
berbeza dengan amalan-amalan sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikan
kepada tentera yang menyertai peperangan.
Pembaharuan dalam bidang ekonomi.
Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi
mengagihkan pendapatan kepada rakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam.
Kadar dan sistem cukai telah diubah. Cukai yang dikenakan mengikut jenis
tanaman yang ditanam. Syarat-syarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil akan
dihapuskan. Beliau juga sering bertanyakan kepada golongan-golongan Dzimmi
(orang bukan Islam) untuk mengetahui samada cukai yang dikenakan membebankan
mereka. Inilah langkah yang dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini
diperbaharui. Kesemua ini menyebabkan pungutan cukai menjadi cekap dan
perbendaharan negara bertambah. Beliau juga turut memajukan sistem pertanian
dengan membuka tanah-tanah baru dan juga mengadakan projek pengairan, yang mana
ianya telah dilaksanakan di Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi hasil
pertanian.
Pembaharuan Dalam Bidang Sosial.
Melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi.
Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan
juga jizyah kepada golongan ini. Cukai ini adalah berpatutan kerana rendah
kadarnya dan tidak menyusahkan mereka. Pernah suatu kali khalifah Umar
memanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah dan 10 orang Dzimmi dari Basrah supaya
mereka bersumpah, bahawa cukai yang dikenakan ke atas mereka tidak membebankan.
Taraf dan hak awam diberikan sama rata seperti
apa yang dinikmati oleh orang Islam. Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam
akan dibuang atau dihalau keluar negara. Harta mereka tidak akan dirampas,
malah harta mereka yang tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar
ganti rugi oleh kerajaan Islam.
Memperbaharui taraf kedudukan hamba.
Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak
kepentingan sosial dan taraf yang baik. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas,
mereka boleh hidup bebas seperti orang-orang biasa, kecuali bagi orang-orang
yang benar-benar menentang Islam dalam peperangan. Umar menetapkan bahawa hamba
perempuan yang menjadi ibu tidak boleh dijual sewenang-wenangnya seperti
hamba-hamba lain. Begitu juga dengan hamba yang berkeluarga tidak boleh
dipisahkan dari keluarga mereka.
Taraf golongan hamba juga disamakan dengan
tuannya dalam apa-apa hal tertentu, pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan
menjaga hal kebajikan hamba akan dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. Sebagai
contoh, Umar pernah melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi
pekerjanya yang sakit.
Menggalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran.
Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah
Umar untuk mengembangkan pelajaran al-Qur'an. Beliau menyediakan guru-guru bagi
mengajar pelbagai ilmu berhubung dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat
bagi yang memerlukan serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan
di masjid-masjid bagi diajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam. Umat
Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi
menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah,
an-Nisa, al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai
ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.
Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi.
Memajukan sistem pertanian.
Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi
memajukan sistem pertanian yang mana terusan tersebut seperti Terusan Amirul
Mukminin yang menghubungkan Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari
bandar Fustat. Di Iraq pula beliau telah membina Empangan Abu Musa yang
menyambungkan Sungai Dajlah (Tigris) dengan bandar Basrah.
Tanah juga telah dikaji selidik bagi menempatkan
tanam-tanaman yang bermutu. Rakyat juga digalakan untuk membuka tanah-tanah
baru bagi memperbanyakkan hasil pertanian. Tanah yang tidak dikerjakan akan
ditarik balik sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di dalamnya. Begitu juga
beliau juga telah mengadakan sistem cukai bagi menambahkan pendapatan negara.
Kemarau dan kebuluran yang panjang
Pada tahun 638, Tanah Arab mengalami kemarau dan
diikuti dengan kebuluran. Kebanyakan kaum Badwi mula mati akibat kelaparan dan
wabak. Lama kelamaan, rizab makanan di Madinah pula semakin berkurangan, dan
Umar mengutus surat kepada gabenor di Syria, Palestin, dan Iraq untuk
menghulurkan bantuan. Keadaan darurat diumumkan di Madinah dan Semenanjung
Tanah Arab. Gabenor yang pertama menyahut seruan itu ialah Abu Ubaidah
al-Jarrah, gabenor Syria yang juga merupakan panglima tentera ketika itu.
Beliau membalas dengan satu surat yang tertulis:
Saya menghantar buatmu kafilah yang satu
hujungnya di Syria dan satu lagi di Madinah.
Kemudian, Abu Ubaidah sendiri turun melawat
Madinah dan bertindak sebagai pegawai pengurusan bencana yang diketuai sendiri
oleh Umar. Sebaik sahaja bekalan catuan mencukupi di Madinah, Umar mengerahkan
orangnya untuk ke laluan Iraq, Palestin, dan Syria agar bekalan yang lain
dihantar ke kawasan pedalaman Arab yang kemudiannya menyelamatkan jutaan nyawa
daripada kebuluran. Bagi pelarian yang memohon perlindungan di Madinah pula,
umar mengadakan makan malam setiap hari dan dianggarkan lebih dari seratus ribu
rakyat yang hadir untuk menumpang makan.[5] Menjelang awal tahun 639, keadaan
semakin pulih. Tanah Arab mula menerima hujan dan Umar sendiri menyelia
perpindahan semula pelarian. Mereka diberikan catuan makanan yang mencukupi dan
dikecualikan daripada zakat untuk tahun tersebut dan tahun seterusnya.
Wafatnya Saidina Umar
Makam khalifah Umar, di Masjid al-Nabawi, Madinah.
Tingkap pertama dari kanan memberikan pandangan makam Umar.
Pada tahun 644, Umar dibunuh oleh seorang Parsi
sebagai tindak balas dari Penaklukan Islam ke atas Parsi.Pembunuhan tersebut
dirancang beberapa bulan sebelumnya. Pada Oktober 644, Umar menunaikan Haji di
Makkah, waktu pembunuh tersebut menyatakan kematian Umar pada tahun tersebut,
dan menggunakan jemaah yang ramai sebagai penghadang kepada para konspirasi ini
untuk bersebunyi. Diriwayatkan apabila Umar berdiri di Bukit Arafah, beliau mendengar
suara berkata:
"Wahai Khalifah, tidak akan lagi kamu
berdiri di atas Bukit Arafah".
Sahabat Umar, Jubayr bin Mut'im dilaporkan
berkata:
Kami lihat seorang lelaki berdiri di atas bukit
dan berkata 'Sesungguhnya ini adalah Haji terakhir buat Umar. Dia tidak akan
datang ke sini lagi.'
Ketika salah satu ibadah Haji, iaitu melontar
Jamrah, seseorang membaling batu kepada Umar sehingga melukakan kepala beliau,
dan satu suara didengari mengatakan yang Umar tidak akan menunaikan Haji lagi.
Seorang hamba berbangsa Parsi, Piruz Nahavandi
(juga dikenali sebagai Abu Lu'lu'ah), membawa rungutan kepada Umar tentang
cukai tinggi yang dikenakannya oleh tuannya Mughirah. Umar menulis kepada
Mughirah dan bertanya tentang cukai tersebut; jawapan Mughirah memuaskan hati,
tetapi Umar menegaskan bahawa cukai yang dikenakan daripada Abu Lu'lu'ah adalah
berpatutan, disebabkan pendapatan hariannya. Umar kemudian dilaporkan meminta
kepada Abu Lu'lu'ah: "Saya mendegar yang kamu membuat kincir angin;
buatkan untuk saya satu." Dalam keadaan merengus, Piruz menjawab,
"Sesungguhnya aku akan buatkan kincir untuk kamu, biar satu dunia ingat
akannya".
Piruzlah yang ditugaskan dengan misi membunuh
Umar. Menurut rancangan, sebelum solat Subuh berlangsung, Piruz akan memasuki
Masjid al-Nabawi, masjid utama di Madinah yang solat tersebut akan diketuai
atau diimam oleh Umar dan dia akan menyerang Umar semasa sedang bersolat,
kemudian lari atau bersembunyi di kalangan jemaah masjid.
Pada 31 Oktober 644, Piruz menyerang Umar ketika
beliau sedang mengimamkan sembahyang Subuh, menikamnya sebanyak enam kali di
perut dan akhir sekali di pusat, yang menyebabkan maut. Umar dibiarkan berdarah
ketika Piruz cuba melarikan diri, tetapi orang disekeliling dengan segera
menangkapnya; dalam usahanya untuk melarikan diri, dikhabarkan dia mencederakan
dua belas orang lain, enam atau sembilan orang daripadanya meninggal dunia,
sebelum dia mengelar dirinya sendiri untuk membunuh diri.
Umar wafat pada tiga hari kemudian pada hari
Rabu, 3 November 644 (26 ZūlḤijjah 23H) disebabkan luka yang
sangat teruk. Umar dilaporkan meninggalkan pesanan berikut:
Berbuat baik dan bermurah hatilah kepada
Muhajirin dan Ansar. Siapa antara mereka yang berbuat baik, berbuat baik
jugalah kepada mereka; siapa antara mereka yang berbuat silap, abaikan
kesilapan mereka. Berbuat baiklah juga kepada rakyat di kawasan yang ditakluk.
Mereka berada di barisan paling hujung dalam pertahanan kita; merekalah sasaran
kemarahan dan tekanan musuh kita. Mereka menyumbang kepada pendapatan kita.
Mereka hanya perlu dicukai jika terdapat lebihan harta. Berilah belas ihsan
kepada kaum Badwi kerana merekalah tulang belakang negara Arab. Saya
mengarahkan kamu untuk berbuat baik kepada kaum Dzimmi kerana mereka adalah
tanggungjawab kamu. Jangan kenakan cukai kepada mereka melebihi dari kemampuan
mereka. Pastikan yang mereka membayar Jizyah tanpa sebarang kesukaran. Takutlah
kepada Allah, dan apa yang kamu lakukan pastikan dalam keredhaan-Nya. Dalam
urusan dengan manusia, takutilah Allah, dan dalam urusan dengan Allah janganlah
takut dengan manusia. Berkenaan soal rakyat, saya menggesa kamu untuk
memastikan keadilan terjaga. Pastikan hak semua orang dipenuhi. Beri perhatian
kepada kebajikan mereka. Peliharalah keselamatan diri dan harta mereka.
Pastikan perbatasan negara tidak dilanggar. Ambil langkah yang kuat untuk
menjaga sempadan. Berkenaan soal pentadbiran, janganlah melebihkan yang kaya
dari yang miskin. Berkeraslah pada siapa yang melanggar hukum. Jangan tunjukkan
belas kasihan. Jangan berehat sehingga kamu membawa penjahat ke pengadilan.
Layani semua orang sama rata. Jadilah tunggak kekuatan bagi mereka yang lemah
dan ditindas. Mereka yang kuat tetapi berbuat salah, pastikan mereka mendapat
balasan atas kesalahan yang dilakukannya. Bagi urusan harta rampasan dan lain
lagi, hindarilah berat sebelah kepada keluarga sendiri. Jangan jadikan sentimen
perhubungan atau kepentingan diri mempengaruhi kamu. Syaitan itu berleluasa;
dia akan menggoda kamu. Atasi semua godaan dan lakukan tugas kamu menurut apa
yang diperintahkan Islam. Cari panduan daripada Quran dan Sunnah. Mintalah
nasihat dari mereka yang bijak di kalangan kamu. Gunakan akal dalam
mengendalikan hal yang sukar, dan pohonlah bantuan daripada Tuhan.
Bersederhanalah dalam cara hidup dan tabiat kamu. Jangan ada riak dan
kesombongan pada diri kamu. Terajuilah hidup sebagai orang Islam yang
dicontohi. Memandangkan kamu pemimpin orang Islam, wajari kepimpinan kamu
dengan menjadi yang terbaik dari kalangan semua. Semoga Allah merahmati kamu.
Atas permintaan Umar, beliau dimakam di Masjid
al-Nabawi bersama Nabi Muhammad S.A.W dan khalifah Abu Bakar atas keizinan
Aisyah.
Saidina Uthman bin Affan dilantik menjadi
khalifah oleh suatu majlis syura selepas kewafatan Umar.
Rupa fizikal
Umar mempunyai badan yang kuat, tegap dan bagus
dalam bergusti. Beliau dikatakan pernah menyertai pertandingan gusti ketika
berlangsungnya pasar tahunan di Ukaz. Dari sumber perdana menyatakan yang Umar
mempunyai penampilan yang bertenaga, badan yang sangat tinggi dan tegap, di
pasar beliau menonol dari kalangan orang ramai seperti menara. Bahagian depan
kepala beliau botak, sentiasa A'sara Yusran (bekerja dengan dua tangannya), kedua-dua
mata beliau hitam, dengan kulit kekuningan, walau bagaimanapun, ibn Sa'ad di
dalam bukunya menyatakan yang beliau tidak tahu yang Umar mempunyai kulit
kuning kecuali jika seseorang mengambil keadaan ketika zaman beliau hanya
memakan minyak (akibat kemarau panjang). Ada juga sumber menyatakan beliau
mempunyai kulit putih kemerahan. Gigi beliau adalah ashnabul asnan (sangat
putih berkilat). Belau sentiasa mewarnakan jambangnya dan menjaga rambutnya
degan sejenis tumbuhan.
Sejarahwan Islam Ibn Saad dan Al-Hakim mencatatkan
perihal Umar yang menyatakan bahawa Abu Miriam Zir, asal dari Kufah menerangkan
tentang Umar sebagai:
Aku bersama orang Madinah pada suatu hari raya,
dan aku lihat Umar berjalan berkaki ayam. Beliau kelihatan mendahului usianya,
botak, warna kuning keperangan - orang bertangan kidal, tinggi dan menonjol ketinggiannya
dari yang lain.
Anak sulung Umar, Abdullah, menerangkan tentang
penampilan fizikal bapanya seperti berikut:
Beliau seorang lelaki yang berkulit cerah,
ternampak seri kemerah-merahan, tinggi, botak dan beruban.
Sejarahwan Salima bin al-Akwa'a pula berkata
tentang beliau:
Umar sangat bijak, beliau mampu menggunakan
kedua-dua tangannya dengan baik.
Ibn Asakir mencatatkan dari sanad Abu Raja
al-U'taridi yang:
Abū Bakr al-Siddīq) ialah khalifah pertama orang
Muslim dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba
Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah.
Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang
bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta. Beliau amat
terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan). Nama sebenar beliau ialah
Abdullah ibni Abi Quhafah
Kehidupan awal
Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat
Nabi Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali dan jurai salasilahnya adalah
termasuk dalam Bani Taim iaitu sub keturunan dari Arab Quraisy. Semasa Nabi
Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau
seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain.
Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau iaitu Saidatina Aishah tidak
lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia juga
dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam
daripada tuan mereka yang kafir termasuklah Bilal Bin Rabah. Beliau juga
merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam. Beliau
seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang
terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.
Beliau mendapat gelaran as-Siddiq kerana sentiasa
membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah S.A.W. Peristiwa yang
membawa kepada gelaran ini ialah apabila berlakunya peristiwa Isra dan Mi'raj
yang telah dialami oleh Rasulullah S.A.W. Apabila orang ramai mengatakan
baginda berdusta, malah ada dikalangan sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa
tersebut, Saidina Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan mempercayai
peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu.
Menjadi khalifah pertama
Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat,
baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis iaitu majlis Syura', yang
dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang
khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu
Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.
Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan
daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai
khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu Rasulullah s.a.w.
Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang
perlantikan Saidina Abu Bakar.Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib
membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi
Talib hanya membaihkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan.
Jalaluddin al-Suyuti dalam karyanya al-Khulafa
al-Rashidun ('Khalifah al-Rashyidun') menyatakan bahawa semasa perjumpaan
Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar orang Islam Ansar di rumah Sa'd ibn Ubadah
selepas kewafatan Nabi Muhammad (SAW), Sayidina Abu Bakar pada mulanya
mencadang dua calon sebagai Khalifah, yakni Sayidina Umar dan seorang Sahabat
lain, Abu Ubaidah ibn al-Jarrah. Perbincangan menjadi hangat sehinggalah
Sayidina Umar menyuruh Sayidina Abu Bakar menghulurkan tangannya lalu Sayidina
Umar mengambil tangan Sayidina Abu Bakar dan memberi bai'ah kepadanya. Tindakan
Sayidina Umar diikuti Muhajirin dan Ansar. Selepas mendapat bai'ah, Sayidina
Abu Bakar mencari az-Zubair dan Sayidina Ali yang tiada di pertemuan itu.
Kedua-dua mereka dipanggil dan memberi bai'ah kepada Sayidina Abu Bakar apabila
mereka tiba.
Peperangan Islam-Riddah
Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar
dilantik menjadi khalifah. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan
kerajaan Islam. Banyak puak-puak Arab memberontak dan menentang khalifah.
Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada pula yang kembali
kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini
mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan
memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi
mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas.
Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan
sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini
tergolong dalam golongan Muslim. Ada diantara mereka mendakwa bahawa mereka
ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka
Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan
Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Antara orang
yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Namun Khalid Al-Walid
berjaya menumpaskan Musailimah dalam pertempuran.
Ekspedisi ke Utara
Selepas berjaya mengurangkan golongan riddah,
Saidina Abu Bakar menghantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk
memerangi Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Parsi. Khalid Al-Walid berjaya
menawan Iraq dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan
dalam beberapa ekspedisi ke Syria. Menurut seorang orientalis Barat, kempen
Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah lanjutan daripada Perang Riddah. Hal ini
jelas salah memandangkan kebanyakan golongan riddah terletak di selatan
Semenanjung Arab dan bukannya di utara.
Pengumpulan al-Quran
Menurut ahli sejarah Islam, selepas siri
Peperangan Islam-Riddah ramai orang yang mahir menghafaz al-Quran terbunuh.
Saidina Umar Al-Khattab (khalifah yang berikutnya) meminta Saidina Abu Bakar
untuk mula menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat al-Quran[5].
Saidina Uthman Affan kemudiannya melengkapkan aktiviti pengumpulan dengan
membukukan al-Quran, iaitu mushaf Uthmani, semasa beliau menjadi khalifah.
Kewafatan Saidina Abu Bakar
Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di
Madinah iaitu dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai
sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan
ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa.
Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa masyarakat menerima Saidina
Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru.
Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam
Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.