Ahad, 16 Februari 2014

Kemuliaan Ulama sehingga akhir hayat

Image result for BISMILLAHJenazah Imam Ahmad bin Hanbal

Pada hari wafatnya Imam Ahmad bin Hanbal, tak sedikit mereka yang turut menghantar jenazah beliau sampai beratusan ribu orang. Ada yang mengatakan 700 ribu orang, ada pula yang mengatakan 800 ribu orang, bahkan ada yang mengatakan sampai 
satu juta lebih orang yang menghadirinya.

Semuanya menunjukkan bahawa sangat banyaknya mereka yang hadir pada saat itu demi menujukkan penghormatan dan kecintaan mereka kepada beliau. Beliau pernah berkata ketika masih sihat, "Katakan kepada ahlu bid'ah bahawa perbezaan antara kami dan kalian adalah (tampak pada) hari kematian kami."


Jenazah Imam Bukhari

Image result for Imam Bukhari
Ghalib bin Jibril berkata: “Kami telah menunaikan pesanannya (Imam Bukhari), sudah mengafaninya, kemudian menyolatkannya, barulah kami memasukkannya ke dalam liang lahad. Sejurus itu terdapat bau yang amat wangi seperti ‘Misk’ terbesar dari tanah perkuburannya dan ia berterusan beberapa hari.”


Jenazah Tok Kenali


Di tengah-tengah suasana yang sepi, berduyun-duyun manusia yang berwajah sebam, hampir semuanya berkopiah, berserban dan bersongkok telah memasuki saf untuk mensolatkan jenazah Tok Kenali. Mereka kelihatan penuh khusyuk dan insaf.


Bersaf-saf orang mengangkat takbir, susul-menyusul. Alim ulama, guru-guru dan murid serta orang kampong tua-muda datang bersolat tanpa meminta upah dan habuan, demi untuk kebahagiaan roh Tok Kenali buat selama-lamanya. Orang-orang besar dan berpangkat dari ibukota, tidak juga ketinggalan.


Hari wafatnya dilawati oleh tidak kurang daripada 2,500 orang dan jenazahnya disolatkan lebih 1,000 orang yang ikhlas kepada Allah.


Tok Kenali wafat pada 19 November 1933 M


Jenazah Badiuzzaman Said Nursi


Pertama kali berita duka wafatnya Badiuzzaman Said Nursi, tersebar di Urfah dan tidak lama kemudian masyarakat kota ini tampak berhimpun di sekitar hotel. Kemudian berita ini tersebar di bandar-bandar Turki yang lain. Masyarakat luas dari luar Urfah berdatangan sehingga kota ini seketika menjadi lautan manusia yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada pahlawannya.


Jenazah Said Nursi dipikul para murid dan orang-orang yang mencintainya dengan diiringkan oleh puluhan ribu penghantar jenazah dan dengan disertai hujan yang turun rintik-rintik untuk dikebumikan di pemakaman Ulu Jami.


Said Nursi wafat pada 23 Mac 1960.


Jenazah Syeikh Mutawalli Sya'rawi


Umat Islam ketika itu terkejut dan tersentak apabila seorang Imam yang memperjuangkan Islam sehingga digelar sebagai "Lampu Kebenaran" telah wafat ketika berumur 87 tahun. Iaitu Syeikh Mutawalli Sya'rawi.

Image result for Syeikh Mutawalli Sya'rawi

Jenazah beliau telah dikebumikan di kampungnya iaitu Doqdus berdasarkan wasiat beliau sendiri. Jenazahnya telah dibawa oleh anak-anak muridnya, penduduk kampung serta semua pencinta beliau. Hampir sejuta orang telah menghadiri pengkebumian beliau.


Syeikh Sya'rawi wafat pada 17 Jun 1998.


Jenazah Syeikh Abdul Aziz bin Baz


Pada hari wafatnya Syeikh Abdul Aziz bin Baz, seramai 50,000 orang telah menghadiri upacara pengkebumian beliau. Semoga Allah SWT merahmati beliau. Amin.


Syeikh Abdul Aziz wafat pada 13 Mei 1999.


Jenazah Syeikh Al-Albani


Sesaat setelah wafatnya Syeikh Al-Albani, jenazah beliau dipersiapkan untuk segera dimakamkan sesuai dengan amanatnya dalam surat wasiat yang telah ditulisnya sejak sepuluh tahun sebelum wafatnya.


Selepas solat isyak pada malam itu juga, jenazah beliau disolatkan oleh kurang lima ribu orang, diimami oleh Syeikh Muhammad Ibrahim Syuqrah kemudian dengan berjalan kaki, mereka membawa jenazahnya untuk dimakamkan di pemakaman terdekat.


Syeikh Al-Albani wafat pada 2 Oktober 1999.


Jenazah Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin


Pada hari wafatnya Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, seramai 500,000 orang telah menghadiri upacara pengkebumian beliau. Semoga Allah SWT merahmati beliau. Amin.


Syeikh Muhammad wafat pada 10 Januari 2001.


Jenazah Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki


Pada hari wafatnya Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki, hampir 300,000 manusia membanjiri upacara pengebumiannya. Semua orang menangis dan sangat bersedih. Ia merupakan satu situasi yang tidak dapat dilupakan. Allahu Akbar.


Terdapat sekurang-kurangnya 500 orang tentera diperintah oleh kerajaan Arab Saudi di perkuburan Ma’ala untuk mengawal ribuan orang yang menangisinya. Kerabat diraja juga turut hadir. Para manusia menempikkan Kalimah dengan kuat sepanjang uapcara pengebumian beliau, memenuhi Makkah dari Masjidil Haram sehingga ke tanah perkuburan.


Sayyid Muhammad wafat pada 29 Oktober 2004.

Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi



Image result for BISMILLAH Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi





1.1 KELUARGA DAN TEMPAT KELAHIRANNYA
Di bahagian barat wilayah utara Uttar Pradesh di sebuah bandar yang diberi nama Muzaffar Naqar di negara India terdapat dua buah desa yang masyhur dengan panggilan Jihinjanah dan Kandalah. Di dalam dua buah desa ini telah menjalani kehidupan sebuah keluarga ilmuan yang memiliki kemulian nama dengan kefaqihan dan keilmuan dalam sumber hukum dan perundangan Islam serta ketekunan dan ketabahan servival (perjuangan) dalam mengimplimentasi agama yang sempurna dalam kehidupan mereka secara keseluruhannya. Moyang keluarga ini ialah seorang ulama yang tersohor pada ketika itu yang bernama al-Syeikh Muhammad Ashraf di mana beliau berkesempatan hidup di zaman Shah Jahan raja India pada masa itu. Para ulamak di zamannya telah bersepakat bahawa beliau adalah pengamal agama yang istiqamah, warak dan pengikut sunnah yang setia.

Keluarga yang mulia ini telah melahirkan ramai alim ulama yang ulung lagi tersohor, di kalangan mereka adalah al-Syeikh al-Mufti Ilahi Baksh al-Kandahlawi yang masyhur di benua kecil India dengan kelebihan dan kebijaksanaanya. Beliau merupakan salah seorang di antara murid-murid al-Syeikh Abd al-Aziz anak lelaki kepada al-Syeikh Waliullah al-Dahlawi yang intelektual dan juga anak murid kepada khalifah al-Imam al-Shahid al-Saiyyid Ahmad al-Brilwi. Beliau telah mengarang lebih dari 60 buah buku ilmiah di dalam Bahasa Arab dan Urdu. Allah s.w.t telah mentaqdirkan pada tahun 1245H beliau meninggal dunia. Di kalangan mereka juga adalah al-Syeikh Abu Hasan dan al-Syeikh Nur al-Hasan, al-Syeikh Muzaffar Hussin, al-Syeikh Muhammad Ismail, al-Syeikh Maulana Muhammad Ilyas dan al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya bin al-Syeikh Muhammad Ismail rah.a. Kesemua mereka adalah pendakwah-pendakwah agama Allah s.w.t yang mukhlis dan dari golongan alim ulama yang ulung di zaman masing-masing.

1.2 KELAHIRAN
Al-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya bin al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya bin al-Syeikh Maulana Muhammad Ismail adalah dari keluarga yang memiliki asal usul yang mulia ini di mana salasilah beliau bertemu dengan Saidina Abu Bakr al-Siddq r.a seorang sahabat yang paling Nabi Muhammad s.a.w. kasihi. Beliau telah dilahirkan pada jam 11.00 malam pada malam bulan Ramadhan yang ke sebelas tahun 1315 Hijriah bersamaan 12 Februari 1898 Masihi di dalam suasana yang terbaik pada ketika itu di mana amalan soleh mengatasi kemungkaran dan masayarakat di tempatnya berpegang teguh dengan ajaran agama. Pada masa kelahiranya al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya menjawat jawatan sebagai tenaga pengajar di Madrasah Mazahir al-Ulum, Saharanpur.

al-Syeikh Abu Hassan Nadwi memberi komentar bahawa al-Kandalawi ditaqdirkan lahir di dalam keluarga yang alim dan warak serta istiqamah dalam menjalankan seluruh perintah Allah s.w.t ini terbukti apabila mereka mempunyai jiwa yang teguh serta kental, sabar dalam menghadapi kesusahan dan bersyukur ketika menerima kurniaan yang mengembirakan. Nenek Maulana merupakan seorang hafizah al-Quran di mana beliau telah menamatkan hafalan keseluruhan al-Quran ketika mengasuh ayahanda Maulana Muhammad Zakariyya.

1.3 PEMBESARANYA
al-Kandahlawi dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang zuhud dan sederhana. Ibu bapa serta nindanya sangat menyayanginya dan mempunyai aspirasi yang tinggi bagi menjadikan beliau seorang insan yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t dengan memiliki ilmu-ilmu agama dan tidak mencintai dunia sehingga bakhil dalam membelanjakan harta di jalan Allah s.w.t dan menjual ilmu agama bagi mendapatkan keuntungan dan kesenangan duniawi yang sementara. Ayahandanya mempunyai kaedah dan caranya yang tersendiri dalam memastikan beliau memiliki ciri-ciri kepimpinan yang intelektual, keterampilan yang progresif dengan paduan antara akhlak dan kewibawaan Rasulullah s.a.w. Tamparan, tengkingan dan pukulan yang menyakitkan lagi memedihkan daripada ayahnya merupakan perkara biasa bagi dirinya sehingga beliau menyatakan dalam kitabnya Aap Beeti berkat dan hasil daripada pukulan ayahandaya serta kesabaran dan ketabahan beliau menghadapinya adalah faktor tercetusnya kebijaksanaan dan kepakaran beliau dalam ilmu agama khususnya dalam bidang hadis.

Beliau beruntung disebabkan sempat hidup sezaman dengan al-Imam al-Rabbani al-Syeikh al-Gangohi dan berpeluang bergaul serta bermuamalah dengan al-Gangohi juga ulama yang lain. Oleh itu beliau telah memperolehi keberkatan menerusi doa dan keberkatan daripada para ulama yang berpegang teguh dengan agama Allah s.w.t yang maha suci yang terdiri daripada golongan fuqaha, muhaddithin dan mereka yang hatinya hampir dengan Allah s.w.t. Oleh yang demikian keadaanya, al-Kandahlawi berpotensi besar menjadi seorang pemuda yang soleh, bertaqwa, berkarisma menarik serta memiliki hati sanubari yang suci dan murni dengan terpelihara daripada anasir-anasir yang boleh merosakkannya dengan berperisai dengan kubu yang kukuh.

Pintu masuk rumah Syeikh Muhammad Zakariyya
Semasa beliau berumur 19 tahun Allah s.w.t telah menetapkan ayahandanya pulang ke rahmatullah pada 10 Zul al-Qacedah 1334 H yang mana beliau mewariskan kepadanya sebuah kedai buku. Dengan perniagaan buku tersebut ayahandanya menyara kehidupan mereka sekeluarga mekipun ayahandanya berkerja sebagai guru di Madrasah Mazahir al-‘Ulum, Saharanpur beliau tidak mengambil sebarang upah atau gaji bulanan walaupun telah didesak beberapa kali untuk menerimanya kerana niatnya yang suci dan murni semata-mata untuk mendapatkan keredhaan dan keampunan Allah s.w.t. Dengan kematian ayahnya juga sebagai guru dan mentornya beliau terpaksa berdikari dan mencari sumber pendapatan sendiri bagi menyara diri dan keluarganya. 

 
Rumah Syeikh Muhammad Zakariyya

1.4 KEHIDUPAN MAWLANA ZAKARIYA

Kehidupan beliau sibuk dengan perkara-perkara yang bermanfaat yang berlegar di sekitarnya. Beliau menjaga masanya setiap detik dan ketika. Selepas beliau solat fajar beliau duduk sekejap. Beliau sibuk berzikir dan berdoa dengan himpunan doa masnun. Kemudian beliau balik ke rumahnya dan duduk bersama orang ramai sambil minum teh tanpa sarapan dan makan. Kemudian beliau masuk ke biliknya dan sibuk mengulangkaji dan mengarang. Pada masa ini tidak ada sesiapapun yang menziarahinya kecuali orang yang ingin belajar atau mereka yang datang sebagai tetamu. Biliknya lengang dari segala macam perhiasan dan seseorang itu akan terasa berat hati untuk menyusahkan beliau dengan menziarahinya dan berurusan dengan kesibukannya. Selepas solat Zohor beliau sibuk dengan menulis risalah dan jarang sekali beliau tidak melakukan demikian. Kemudian beliau keluar untuk mengajar. Beliau sibuk mengajar selama 2 jam sebelum solat asar. Selepas solat asar beliau duduk bersama orang ramai dan memberi mereka minum teh dan mereka terdiri daripada bilangan orang yang besar. Orang yang menziarahinya menyangka beliau mengadakan kenduri kecil tetapi ia adalah perkara biasa. Selepas solat Maghrib beliau sibuk dengan amalan-amalan sunat dan wirid. Biasanya beliau tidak makan malam kecuali untuk meraikan tetamu yang besar.

Beliau seorang yang pintar membahagiakan waktu antara masa mengulangkaji, mengarang buku ilmiah, menyambut tetamu dan lain-lain lagi. Semua itu tidak menyibukkannya dari kesibukan dengan tuhannya, berseorangan untuk beribadat, bermunajat, mendidik para pelajar dan tidak menyibukkan daripada mengahdiri perhimpunan besar jemaah tabligh serta tidak menyibukkan daripada mengarang kitab dan surat-surat di dalam pengislahan dan mengajak manusia kepada ajaran Allah yang sempurna.

1.5 PENDIDIKAN
Pendidikan al-Kandahlawi bermula pada tahun 1325 H-1907 M hingga tahun 1336 H-1917 M. Di antara masyaikh yang telah menjadi guru dan pembimbing beliau ialah ayahandanya sendiri al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya bin al-Syeikh Maulana Muhammad Isma’il, bapa saudaranya al-Syeikh Maulana Muhammad Ilyas, Syeikh Saharanpuri, Maulana ‘Abd al-Wahid Sanbuli, Maulana ‘Abd al-Latif dan ramai lagi. Beliau belajar membaca dengan Hakim ‘Abd al-Rahman Muzaffarnagar dan menghafal al-Quran melalui bimbingan ayahandanya serta belajar buku parsi dan asas bahasa Arab dengan bapa saudaranya al-Syeikh Maulana Muhammad Ilyas. Bapanya menitikberatkan pendidikan dan mengambil kira mengenainya sehingga al-Kandahlawi disuruh membaca setiap apa yang telah dihafalnya daripada al-Quran al-Karim sebanyak 100 kali dan melarang beliau dari bercampur-gaul dengan orang ramai. Beliau tinggal bersama ayahnya di rumah al-Syeikh Gangohi sehingga 8 tahun. Kemudian beliau bersama dengan bapanya pergi ke Mahazhir al-Ulum, Saharanpur menetap di sana di mana bapanya merupakasan salah seorang tenaga pengajar di situ.

Buku-buku milik Syeikh Muhammad Zakariyya
Sebelum memulakan pengajian hadis, bapanya al-Syeikh Maulna Muhammad Yahya akan mandi dan solat dua rakacat. Semasa berada di sini, minat al-Kandahlawi terhadap ilmu hadis semakin menebal ini menyebabkan beliau menjadikan hadis sebagai fokus dan matlamat utama kehidupan yang perlu dikuasainya seperti mana leluhurnya telah perolihi. Di bawah bimbingan dan tunjuk ajar bapanya beliau mahir dalam pengaplikasian Bahasa Arab, nahu, ilmu morfologi, kesusasteraan dan ilmu mantik. Bapanya al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya mengajarnya kutub sittah dari pada awal hingga akhir, manakala al-Syeikh Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri mengajarnya sahih al-Bukhari dan sunan al-Tirmidhi buat kali kedua. 
Pepustakaan peribadi Syeikh Muhammad Zakariyya
Semasa di alam persekolahan lagi al-Kandahlawi telah mula berjinak dalam arena penulisan di mana beliau menjadi penulis dan penyunting kitab Baz al-Majhud syarah Sunan Abu Daud hasil karya al-Syeikh Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri. Al-Kandahlawi berguru dengannya sehingga beliau meninggal dunia di Madinah al-Munawwarah pada 1346 H. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Baqi’. Sebelum wafat al-Saharanpuri telah menyatakan hasratnya kepada al-Kandahlawi supaya membantunya menghasilkan sebuah kitab Syarah Sunan Abi Daud yang diberi nama Baz al-Majhud ini kerana beliau tidak terdaya menghasilknya sendiri disebabkan faktor usianya yang telah lanjut dan uzur serta ganguan angota badannya yang kerap kali bergetar dan mengigil, halangan sebegini menyukarkannya menyiapkan kitab ini secara perseorangan. 

Tulisan tangan Syeikh Muhammad Zakariyya

Tawaran berharga yang diberikan oleh grunya itu tidak dipersia-siakan begitu sahaja ini kerana selain dapat membantu syeikhnya menghasilkan kitab yang berstatus tinggi ini beliau dapat mengasah dan mempertingkatkan kemahiran penulisannya dengan lebih ivovatif, kreatif dan efektif.

Peranan yang dimainkan beliau dalam membantu gurunya menghasilkan penulisan Baz al-Majhud ialah dengan mencari kitab-kitab dan artikel-artikel ilmiah yang ditetapkan oleh al-Saharanpuri samada yang berada di maktabah atau di kutab yang terdapat di Mazahir al-Ulum dan di luar madrasah kemudian menukil fakta-fakta yang sesuai lalu dibentangkan kepada al-Saharanpuri untuk disemak dan dikaji serta dibuat penyusunan fakta. Apabila fakta dan komentar tersebut telah siap disusun al-Saharanpuri akan mengimlakannya kepada al-Kandahlawi dan beliau akan menulisnya mengikut apa yang dibaca oleh gurunya. Dengan semangat juang dan kometmen serta ketekunan yang gigih dalam penulisan ini maka kitab ini dapat disempurnakan dan diterbitkan. Semenjak daripada itu al-Kandahlawi memperolehi keberkatan dan kebaikan dari syeikhnya di mana beliau menjadi khalifah dan naib kepada al-Saharanpuri serta namanya diabadikan di dalam prakata kitab tersebut seperti mana berikut :

Saya telah meminta tolong beberapa orang sahabat saya yang ternama di antaranya adalah saudara dan penyejuk mata serta hati saya Haji Hafiz Mulwi Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi dalam menghasilkan kitab Baz al-Majhud dan beliau menyetujuinya. Saya tidak terdaya menulis dengan tangan disebabkan sentiasa mengeletar serta minda dan semangat yang lemah. Oleh itu saya akan mengimlakan kepadanya dan dia akan menulisnya. Dialah yang mencari maklumat dan fakta yang rumit ditemui di dalam sumber rujukan. Saya bermohon kepada Allah s.w.t. dengan usaha dan komitmen yang diberikan agar mengurniakan kepadanya ganjaran dan keberkatan yang terbaik atas usaha yang telah beliau sumbangkan dalam menjayakan penerbitan kitab ini.

1.6 PERJALANAN KE TANAH SUCI
Pencinta dan penjaga sunnah Rasulullah s.a.w. ini berkesempatan dan berpeluang pergi ke tanah suci iaitu Makah dan Madinah. Beliau telah telah mengerjakan rukun Islam yang kelima ini beberapa kali. Kekerapan beliau datang ke tempat ini meninggalkan kesan yang mendalam dan luar biasa ke atas jiwa raga serta keintelektualannya. Pada tahun 1338 H beliau pergi ke tanah suci mengiringi guru beliau al-Saharanpuri. Ketika berada di sana al-Saharanpuri terjumpa sebuah manuskrip Musnad Abdul Razak, ini menimbulkan keinginan yang mendalam untuk memilikinya tetapi terpaksa dibatalkan hasrat dan keinginannya yang mendalam untuk memilikinya disebabkan penjual mengenakan harga yang melebihi wang yang dimilikinya. Untuk tidak menghampakan gurunya al-Kandahlawi membuat satu inisiatif yang di luar jangkaan al-Saharanpuri di mana beliau meminjam manuskrip tersebut dan menyalinnya semula dengan mengunakan tulisan tangan. al-Kandahlawi berjaya menyalin semula manuskrip tersebut dengan kerjasama yang diberikan oleh kawan-kawanya. Usaha ini mengambil masa selama sepuluh hari bagi menyiapkannya.

1.7 KEPERIBADIAN DAN CIRI-CIRI KHUSUS
Kondisi yang positif serta semulajadi pada ketika itu telah mencorakkan kehidupan beliau dari remaja hingga dewasa di bawah rahmat ilahi dan tarbiah serta pengawalan yang komprehensif lagi realistik menerusi para pendidik dan pembimbing yang memiliki spiritual yang konkrit lagi intensif dalam mengaplikasi arahan Allah S.W.T. dalam kehidupan mereka. Ini telah menjadikan beliau seorang yang tenang dan mempunyai rohani yang suci lagi bersih, cita rasa yang menepati kehendak Allah S.W.T. dan cenderung kepada semua kebajikan seperti ibadah, taqwa, pengajian, mengarang dan kesempurnaan sifat-sifat mulia yang dapat dibaca menerusi wajah beliau, sentiasa bersedia menemui Allah S.W.T. memiliki hati yang mulia, sangat memuliakan para tetamu dan mempunyai tabiat semulajadi yang mulia.

Beliau memiliki bentuk tubuh badan yang sasa, warna kulit yang putih dan mempunyai bibir mulut yang merah. Beliau sangat rajin tanpa mengenal erti kemalasan. Jiwanya yang halus, bermanis muka, peramah penyayang, banyak bersenda gurau dengan mereka-mereka yang berlembut atau mereka yang menyukai untuk berlembut, mudah menitiskan air mata dan mudah tersentu perasaan ketika mana disebut mengenai sesuatu dari kisah Rasul s.a.w., sahabat, awliya’ atau mengeluarkan bait syair yang merdu. Beliau akan mengalirkan air mata dan tidak dapat mengawal tangisan. Jika beliau diselubungi perasaan hiba maka beliau akan menitiskan air mata.

Di antara sebesar-besar kebanggaan yang dimiliki oleh beliau yang boleh dibanggakan di dalam kehidupannya ialah beliau telah mengahabiskan seluruh masanya untuk perkara yang berguna serta tidak mencuaikan masanya yang penuh berharga dengan sia-sia. Kehidupanya penuh dengan perkara-perkara yang boleh diambil contoh dan intisari ibadat, zikir, mengajar, mengarang, memperbaiki rohani, memberi tunjuk ajar dan nasihat.

1.8 MANHAJ DAN METODOLOGI PENULISAN
al-Kandahlawi bergiat aktif dalam arena penulisan semenjak di alam persekolahan lagi. Beliau berkarya mengunakan Bahasa Urdu dan Arab di mana kepakaran dan kefasaihannya dalam bahasa tersebut tidak perlu dipertikaikan lagi. Seperti mana para cendiakawan Islam yang lain, mereka menulis dalam pelbagai bidang dan pengkhususan ilmu agama seperti hadis, fiqh, aqidah, kelebihan amalan, perundangan islam dan lain-lain lagi begitu juga beliau yang mana telah menghasilkan pelbagai kitab yang berkaitan dengan ilmu di atas. Kitab yang ditulisnya dibaca dan menjadi rujukan samada dari golongan alim ulama dan orang yang jahil ilmu agama. Oleh yang demikian matlamat sasaran pembaca penulisan beliau terbahagi kepada dua iaitu orang yang alim dalam bidang agama dan orang awam biasa yang mana kitab yang ditulis untuk kedua-dua sasaran ini berlainan dan berbeza dari segi metode, uslub bahasa dan fakta.

Kitab kelebihan amal yang mengandungi enam bab iaitu kelebihan solah, zikir, al-quran, Ramadhan, sedeqah, haji dan umrah, tabligh dan hikyah sahabah diterbitkan untuk dibaca oleh orang awam yang tidak mahir dalam ilmu agama bagi tujuan memberi ransangan dan mewujudkan semangat yang berkobar-kobar di dalam sanubari mereka menjalankan amalan agama serta perundangan Islam. Kitab Awjaz al-Masalik syarah kitab al-Muwatta’ Im
ām Malik, Lami’ al-Dirari Ala Jami’ al-Bukhari, Al-Abwab wa al-Tarajim  al-Bukhari, Juz Haj al-Wida’ wa Umrah al-Nabi, Khasail Nabawi Syarh Shamail al-Tirmidhi, Al-I’tidal fi Maratib al-Rijal dan lain-lain dihasilkan untuk orang-orang yang ingin mendalami ilmu agama, para pelajar agama dan alim ulamak sebagi sumber rujukan.

Apakah pegangan al-Kandahlawi mengenai permasalahan kebenaran beramal dengan hadis daif? Pendapat al-Kandahlaw
i dalam perkara ini sama dengan pendapat jumhur ulamak iaitu dibolehkan beramal dengan hadis daif dalam permasalahan taghib, tarhib, kelebihan-kelebihan amal dan manaqib sahaja dan tidak dibolehkan dalam permasalahan halal haram dan aqidah. Bagaimana sistem yang diaplikasi oleh beliau ketika proses pendidikan?. al-Kandahlawi mengikuti sistem dan kaedah dirayah dan riwayah serta mengekalkan sistem sanad dari awal hingga penulis kitab hadis khususnya kutub sittah. Bagi menghasilkan buku untuk tatapan orang awam al-Kandahlawi menulis dan mengeluarkan hadis taghrib dan tahzib yang mana beliau mengunakan kitab hadis (Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan al-Tirmizi, Sunan al-Nasai & Sunan Ibn Majah), kitab al-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Munziri, kitab Majma’ al-Zawa'id oleh al-Haitsami dan kitab Jami' al-Sagir oleh al-Suyuti.

Dalam penulisan hadis al-Kandahlawi mengunakan metodos sanad, matan dan hukum hadis tersebut. Dalam meriwayatkan dan menukilkan sesebuah hadis dalam kitabnya beliau akan menyatakan sanad hadis tersebut dari pembuku hadis sehinggalah kepada Rasulullah s.a.w seperti dalam kitabnya Awjaz al-Masalik, selepas menyatakan matan hadis tersebut beliau menjelaskan jenis dan hukum hadis tersebut samada mursal, munqati’, daif, sahih dan sebagainya. Seperti mana dalam kitab Awjaz al-Masalik beliau menyusun tajuk mengikut bab-bab fiqh seperti salat, wudu’, taharah dan sebagainya. Sebagai seorang yang alim dalam ilmu fiqh beliau akan cuba membuat perbandingan pendapat mazhab yang empat dalam sesuatu permasalahan yang terdapat di dalam hadis yang beliu nukillkan dalam penulisannya sehingga pembaca tidak mengetahui beliau dari mazhab yang mana dalam empat mazhab tersebut.

1.9 KARYA-KARYA
Penyusunan kitab dan usaha yang gigih dalam menghasilkan bahan ilmiah yang tinggi mutu, kualiti dan nilainya merupakan satu bab dalam kehidupan al-Syeikh Muhammad Zakariyya rah, dan kalau dikaji dengan kajian lapangan bahawa berkat daripada penulisan beliau masih melimpah hingga sekarang walaupun beliau telah meninggal dunia 28 tahun yang lalu. Berikut disenaraikan karya penulisan ilmiah yang komprehensif dihasilkan oleh beliau;

a). Tarikh Mazahir dan Tarikh Masyaikh.Dua buah buku di atas adalah permulaan karya beliau. Makna buah buku ini ialah 50 Tahun Keadaan Madrasah Mazahir Ulum dan Riwayat Hidup Para Masyaikh.

b). Awjaz al-Masalik.Kitab yang mempunyai enam jilid serta ditulis dalam Bahasa Arab ini merupakan salah satu dari kitab-kitab beliau yang masyhur dan bersifat kontemperari pada ketika itu. Awjaz al-Masalik ialah syarah kitab al-Muwatta’ Imam Malik hasil usaha serta titik peluh beliau selama kira-kira 40 tahun. Kitab ini merupakan salah satu dari kitab komentar al-Muwatta’ Imam Malik yang paling komprehensif yang mana mengandungi sains hadis, ilmu perundangan Islam dan komentar hadis.

Dalam kitab ini Maulana menukil kesimpulan yang nyata serta intelek daripada komentar-komentar yang dibuat oleh para cendiakawan hadis lain samada pendapat yang sepakat atau khilaf beserta dengan dalil mereka berhubung sesuatu isu. Kitab ini telah mendapat banyak pujian daripada tokoh-tokoh ulama Hijaz. Di antara tokoh ulamak tersebut ada seorang yang berkata “Seandainya pengarang kitab ini tidak menyatakan di dalam muqaddimahnya bahawa beliau bermazhab Hanafi, maka pasti kami akan menyangka bahawa beliau bermazhab Maliki secara terperinci. Selain itu, beliau dapat mengumpulkan banyak masalah-masalah fiqhiyah mazhab Maliki di mana penjelasan masalah tersebut sukar untuk ditemui dalam mana-mana kitab mazhab Maliki sekalipun.” Alim ulamak dari negara Arab khususnya Arab Sacudi, semoga Allah s.w.t mengurniakan kepadanya kemulian dan keagungan yang tinggi serta alim ulama dari Damsyik sangat berharap kepada al-Kandahlaw
ī agar kitab ini dapat diterbitkan di Beirut, Lebanon. Ada seorang yang kaya raya dari Mekah al-Mukarramah telah menerbitkan kitab ini dengan pembiayaan peribadinya sendiri.

c). Lami’ al-Dirari ‘Ala Jami’ al-Bukhari. Karya ini mula penulisannya pada hari Rabu 7 Muharram 1376 dan disempurnakan pada 10 Rabic al-Awwal 1388H dan ditulis dalam Bahasa Arab serta mengandungi 3 jilid. kitab syarah Bukhari ini merupakan hasil usaha Syeikh Rashid Ahmad dan bapanya Syeikh Yahya al-Kandahlawi. Maulana Muhammad Zakariyya berperanan mengedit, mentahqiq dan menjelaskan perkara yang perlu diperjelaskan. 
 
d). al-Abwab wa al-Tarajim Li al-Bukhari.Sebuah penerangan dan penjelasan tentang setiap tajuk yang terdapat di dalam kitab Sahih Imam al-Bukhari. Buku ini mengumpulkan pendapat para sarjana dan ilmuan hadis keunikan dan reasional serta hubungan di antara hadis dan tajuk yang diberikan bagi hadis tersebut. Perkara ini perlu dijelaskan kerana ulama pensyarah Jamic Sahih al-Bukhari menyatakan bahawa fiqh Imam al-Bukhari terletak pada tajuknya. Kita akan mendapati di dalam kitab al-Jami’ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar Min Hadith Rasulullah Wa Sunnah Wa Ayyamih hadis yang ditulis secara berulang dan ketidak sesuaiaan hadis dengan tajuk yang diberikan dari segi pemahaman biasa. Dalam kitab ini al-Kandahlawi bukan sahaja mengambil pendapat daripada imam-imam hadis seperti Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani dan Shah Wali Allah al-Dehlawi tetapi beliau membuat perbandingan di antara komentar mereka dan cuba mendapatkan korelasi berdasarkan research yang beliau jalankan .

e). Juz’ Haj al-Wida’ wa ‘Umrah al-NabiKitab ini mula dihasilkan pada Jumaat 22 Rabi al-Awwal 1341H pada jam 12 tengahari dan selesai penulisannya pada jam 01.30 malam hari Sabtu pada mulanya kemudian disunting untuk diterbitkan pada 15 Rejab 1390. Sebuah kitab bahasa Arab yang komprehensif yang menerangkan mengenai jumlah Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan haji dan umrah, cara dan panduan mengerjakan haji, lokasi-lokasi yang akan dilawati semasa mengerjakan haji dan umrah dan lain-lain.

f). Khasail Nabawi Syarh Shamail al-Tirmidhi.Kitab ini mula ditulis pada 1343H dan berakhir pada 1344H. Kitab syarah al-Syamail al-Muhammadiyyah ini mengandungi koleksi-koleksi hadis yang berhubung sifat dan ciri yang terdapat pada diri Nabi Muhammad s.a.w. Kitab ini telah diterjemah ke pelbagai bahasa. 
 
g). Fadail al-A’amal dikarang pada 1348 H.
h). Fadail Ramad
an ditulis pada 1349 H.
i). Fadail Tabligh dihasilkan bertarikh 1350 H.
j). Fadail Namaaz (Solah) diterbitkan pada 1358 H.
k). Fadail Haj, selesai pada 1367 H.
l). Fadail Sad
aqah, karya pada tahun 1368 H.
m). Fadail Zikr
n). Fadail Durood Sharif, 1384 H.
o). Fadail Tijarah, 1401 H.
p). Hikayah al-Sahabah, 1357 H.
q). Al-I’tidal fi Maratib al-Rijal, 1357 H.
r). Daari Ka Wujoob.
s). Aap Bieti, mempunyai 5 jilid, 1388-1391 H.
t). Syari’ah wa Tariqah, 1398 H.
u) Um al-Amrad.
v) Fitna al-Maududiah
w) Mowt Ki Yaad

1.10 GURU-GURU MAULANA
Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi dirahmati dan dikasihi kerana dapat bertalaqi dan berguru dengan para alim ulamak serta ilmuan yang tinggi ilmu dan keperibadiaanya serta mempunyai tahap kerohaniaan yang agung di benua kecil India. Di antara alim ulamak tersebut ialah ayahandanya sendiri al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya bin al-Syeikh Maulana Muhammad Ismail yang lahir pada 1287 H. Beliau seorang sarjana yang mahir serta berpengalaman dalam lapangan hadis juga perundangan islam.

Hasil daripada pukulan dan hukuman serta kata-kata nasihat daripada ayahandanya beliau menjadi seorang yang mempunyai minat yang mendalam terhadap hadis dan mempunyai ketabahan yang amat luar biasa dalam menguasainya. Al-Kandahlawi telah menghafal al-Quran semasa berumur 7 tahun. Ayahnya memerintahkan supaya membaca ayat al-Quran yang telah dihafal sebanyak 100 kali. Selain daripada Maulana Muhammad Yahya, al-Kandahlawi berkesempatan berguru dengan bapa saudaranya al-Syeikh al-Da’ei Maulana Muhammad Ilyas dalam bidang hadis. Beliau berpeluang berguru dengan sarjana hadis yang masyhur dan merupakan muhtamim(pengetua) madrasah Mazahir al-‘Ulum Saharanpur serta penulis kitab Bazl Majhud, di mana di bawah bimbingan dan asuhannya beliau memperolihi kemahiran dan metode dalam penulisan hadis serta gelaran Syeikh al-Hadis.

Selain daripada mereka bertiga al-Kandahlawi dimuliakan dan ditinggikan kerohaniaanya natijah daripada korelasinya dengan para ulama yang berikut yang mana telah menjadi sumber inspirasi, pemangkin semangat kerohanian dan berlakunya anjakan paradigma bagi menjadi seorang yang calim dan faqih dalam aliran hadis nabawi.

a) Maulana Qasim Nanotwi.
b) Maulana Khalil Ahmad Saharanpui.
c) Maulana Rashid Ahmad Gangohi.
d) Maulana Qasim Nanotwi.
e) Maulana Imdadullah
f) Maulana Mahmud al-Hassan
g) Maulana Asyarf Ali Thanwi.
h) Maulana Hussain Ahmad Madani.
i) Maulana Syah Abd al-Qadir Raipuri.
j) Maulana Abu al-Hassan ‘Ali Nadwi.
k) Maulana Sulaiman Nadwi.
l) Maulana ‘Ashiq Ilahi.
m) Shah ‘Abd al-‘Aziz Dahlawi.
n) Maulana al-Haj ‘Abd al-Latif Sahib
o) Maulana Zafar Ahmad Thanwi, Syaikh al-Islam Pakistan, 1310 H.
p) Maulana ‘Abd al-Wahid, 1290 H (tarikh dilahirkan).
q) Hadrah Nazim Sahib.

1.11 KERJAYA DAN MURID-MURIDNYA
al-Kandahlawi telah dilantik menjawat jawatan sebagai tenagan pengajar di Madrasah Mazahir al-‘Ulum, Saharapur dari tahun 1335 H-1916M ketika berusia 20 tahun sehingga 1388H-1968M ketika berusia 72 tahun iaitu dalam jangka masa 52 tahun beliau berbakti dalam arena pendidikan dan pengajaran. Sungguhpun beliau pernah mengajar dan mendapat tawaran mengajar di beberapa buah institusi agama yang lain, Mazahir al-‘Ulum, Saharapur merupakan tempat paling lama beliau mengajar dan berkhidmat. Mazahir al-‘Ulum merupakan sekolah lama beliau di mana selama 11 tahun beliau belajar di situ.

al-Kandahlawi adalah seorang yang zuhud dan tacat serta patuh kepada sunnah nabi s.a.w. Beliau tidak mengunakan agama untuk mendapatkan kekayaan dan kesenangan hidup walaupun peluang ke arah kesenangan terbentang luas baginya. al-Kandahlawi tidak mengambil upah atau gaji dari kerjayanya sebagai tenaga pengajar di Mazahir al-‘Ulum walaupun pihak madrasah telah memperuntukan baginya gaji bulanan tetapi beliau akan memulangkannya semula pada keesokan harinya sebagai sedeqah kepada madrasah. al-Kandahlawi pernah ditawar bertugas sementara di Institut Da-iratul Ma’arif sebagai penulis kitab Asmac al-Rijal bagi kitab hadis al-Imam al-Baihaqi dengan gaji bulanan sebanyak 800Rp, sebuah kereta kerajaan dengan pemandu kereta dan minyak petrol yang dibayar oleh kerajaan serta tempat tinggal yang juga disediakan oleh kerajaan Hyderabad. Namun begitu beliau menolaknya dengan jawapan “aku tidak ingin hidup di bawah ihsan orang lain”. 

Terdapat pelbagai bukti memperlihatkan beliau mengambil berat dan perhatian yang mendalam terhadap institusi agama ini. Semasa di madrasah ini, al-Kandahlawi telah mengajar lebih kurang tiga puluh lima buah kitab ilmiah seperti tatabahasa ‘Arab, ilmu morfologi, sastera, ilmu perundangan Islam, kitab hadis seperti kitab al-Jami’ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar Min Hadith Rasulullah Wa Sunnah Wa Ayyamih dan Sunan Abu Daud, Bahkan al-Kandahlawi telah mengajar seluruh kitab yang menjadi sillabus di madrasah tersebut. Beliau telah membuat percapaian yang hebat apabila berjaya menamatkan beberapa buah kitab primier Islam dalam pengajarannya iaitu kitab Nur al-Anwar sebanyak tiga kali, kitab Misykat al-Masabih tiga kali, Sunan Abu Daud sebanyak tiga puluh kali, kitab Bukhari jilid awal sebanyak lima puluh kali dan kitab al-Jami’ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar Min Hadith Rasulullah Wa Sunnah Wa Ayyamih keseluruhannya sebanyak enam belas kali.

Abu al-Hasan Nadwi berkata meskipun al-Kandahlawi adalah salah seorang guru yang paling muda di Mazahir al-‘Ulum dia telah dipilih untuk mengajar pelajaran yang belum pernah ditugaskan kepada guru lain yang sama umur dengannya pada ketika itu. Beliau bukan sahaja menunjukan kebolehannya menjadi seorang guru yang berdidikasi dan berketerampilan malah mampu menghasilkan hasil karangan yang mempunyai kauliti dan nilai yang abstrak. Pada tahun 1345H al-Kandahlawi berkesempatan pergi ke kota Madinah al-Munawwarah selama setahun. Di sana beliau telah ditugaskan mengajar kitab Sunan Abu Daud di Institut Agama al-Sharicah, Madinah al-Munawwarah. Semasa di sana al-Kandahlawi memulakan penulisan Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Imam Malik pada ketika itu beliau berumur dua puluh sembilan tahun.

Apabila beliau kembali ke tanah airnya beliau telah diminta untuk menjawat semula menjawat jawatannya sebagai pengajar di Mazahir al-‘Ulum. Sillabus yang diberikan kepadanya ialah mengajar kitab Sunan Abu Daud, Sunan al-Nasaei, Muwatta’ Imam Muhammad dan sebahagian kitab al-Jamic al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar Min Hadith Rasulullah Wa Sunnah Wa Ayyamih, tetapi selepas kematian pengetua Mazahir al-‘Ulum beliau ditugaskan mengajar seluruh sahih al-Bukhari. Al-Kandahlawi menjadi tenaga pengajar Mazahir al-‘Ulum sehingga 1388H dan menamatkan kerjayanya sebagai guru hadis disebabkan matanya ditumbuhi katarak.

Ramai di kalangan penuntut beliau telah berjaya menamatkan pelajaran hadis melalui beliau dan memperdengarkan pelajaran mereka di hadapannya iaitu sistem talaqi. Ramai juga di antara mereka yang menceburkan diri dalam arena pendidikan dan berkhidmat untuk agama yang syumul dan ilmu agama di pelbagai tempat. Selain dari itu, ramai murid-murid beliau telah tamat pendidikan dan pelajaran melalui beliau yang hati sanubari mereka disinarai makrifah Allah sehingga mereka telah berbai’ah dan janji setia melalui tangan beliau yang mulia, mempelajari ilmu suluk dan ilmu tasawuf secara khusus dan dengan nikmat Allah s.w.t telah berjaya mencapai darjat kerohanian yang tinggi dalam ilmu tersebut. 
 
Terdapat juga di antara mereka mewaqafkan seluruh kehidupan mereka untuk usaha atas agama Allah s.w.t dengan perantaraan bermujahadah, melapangkan masa keluar di jalan Allah s.w.t menemui orang-orang islam yang jauh dari agama Allah supaya mengamalkan dan menjalankan seluruh perintahnya dalam kehidupan serta menjadi dacei Allah (penyeru Allah) agar orang-orang Islam faham bahawa masa, harta dan diri mereka bukan kepunyaan mereka tetapi kepunyaan Allah s.w.t serta keluar di jalan Allah s.w.t seantero dunia agar dengan mujahadah dan susah payah yang ditunjukan akan membuka kerahiman Allah s.w.t dan hidayah dapat tersebar ke seluruh alam. Berikut senarai nama-nama murid-murid al-Kandahlawi yang telah menjadi ulamak yang masyhur dan disegani seantero dunia;

1. al-Syeikh Maulana Muhammad Yusuf bin Maulana Muhammad Ilyas (ketua
Jemaah Tabligh yang kedua).
2. Maulana Inamul Hasan (ketua Jemaah Tabligh yang ketiga)
3. Maulana Izhar al-Hassan dan para pelajar di Madrasah Kashif al-cUlum.
4. Maulana Mufti Mahmud Hasan Ganggohi, pengajar hadis di Dar al-cUlum,
Deoband.
5. Maulana Munawwar Husein, Syeikh al-Hadis di Dar al- ‘Ulum Lathifi Kethar.
6. Maulana ‘Abd al-Jabbar, Syeikh al-Hadis di Jami’ah Qasimiah Shahi Muradabad.
7. Maulana Akbar cAli Saharanpuri, pengajar di Madrasah Mazahir al- ‘Ulum dan
juga pengajar hadis di Dar al- ‘Ulum Karachi, Pakistan.
8. Maulana Ubaidillah Belyawi, pengajar hadis di Madrasah Kashif al- ‘Ulum,
Delhi.
9. Mufti Muzaffar Husein, pengajar hadis dan wakil Madrasah Mazahir al- ‘Ulum
Saharanpur.
10. Maulana Muhammad Yunus Jupuri, Syeikh al-Hadis Madrasah Mazahir
al- ‘Ulum Saharanpur.
11. Maulana Muhammad ‘Aq
īl, pengajar hadis di Madrasah Sadhar Mudarisin juga di Madrasah Mazahir al- ‘Ulum Saharanpur.
12. Maulana Muhammad Ashik Ilahi Balanshari, pengajar hadis di Madrasah Dar al- ‘Ulum Karachi.
13. Maulana Muhammad Salman pengajar hadis di madrasah Mazahir al- ‘Ulum
Saharanpur.
14. Maulana Taqiyuddin, pengajar hadis.

15. Maulana Bashir Ahmad, pengajar hadis di Dar al- ‘Ulum Tanbu di Rangoon.

Sabtu, 15 Februari 2014

5 Periode Zaman Menurut Hadits Nabi Muhammad Saw



Image result for BISMILLAHSabda Rasulullah S.A.W. : "Telah berlaku (Zaman) Nubuwwah (Kenabian) ke atas kamu, maka berlakulah (zaman) Nubuwwah itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah (Zaman) Khilafah (Kekhalifahan) yang berjalan seumpama manhaj Nubuwwah. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah Mengangkatnya, lalu berlakulah (Zaman) Pemerintahan yang Menggigit. Berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah (Zaman) Pemerintahan Penindasan/Kezaliman dan berlakulah zaman itu sebagai mana yang ALLAH kehendaki. Kemudian berlaku pula (Zaman) Khilafah yang berjalan seumpama manhaj kenabian". Kemudian baginda diam" (Riwayat Ahmad dan banyak lagi riwayat lain yang mutawattir seperti Ibnu Hibban, Baihaqi dll)


5 Periode Zaman Menurut Hadits Nabi Muhammad Saw 

Sebuah hadits yang merupakan salah satu tanda kemukjizatan nabi Muhammad SAW adalah tentang masa periode pemerintahan dunia. melalui kita ketahui kebenaran apa yang disabdakan nabi itu sesuai dengan realita yang telah kita lalui. 




Namun sayangnya hadits ini “telah lama disembunyikan” dan sengaja ditutupi dan tidak dipelajari di bangku-bangku pendidikan agar umat islam lupa terhadap bisyarah (kabar gembira) dari Rasulullah Muhammad SAW

“Di tengah-tengah kalian terdapat zaman kenabian, atas izin Allah ia tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian. Ia ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) yang zalim; ia juga ada dan atas izin Allah ia akan tetap ada. Lalu Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada kekuasaan (kerajaan) diktator yang menyengsarakan; ia juga ada dan atas izin Alah akan tetap ada. Selanjutnya akan ada kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian.” Beliau kemudian diam. (HR Ahmad dan al-Bazar).

#Sanad Hadits

Imam Ahmad menerimanya dari Sulaiman bin Dawud ath-Thuyalisi dari Dawud bin Ibrahim al-Wasithi dari Habib bin Salim dari an-Nu‘man bin Basyir.

Ia berkata: Kami sedang duduk di masjid bersama Rasulullah saw. Basyir adalah orang yang hati-hati dalm berbicara. Lalu datang Abu Tsa‘labah al-Khusyani. Ia berkata, “Wahai Basyir bin Saad, apakah engkau hapal hadits Rasulullah saw. tentang para pemimpin?” Hudzaifah berkata, “Aku hapal khutbah beliau.” Lalu Abu Tsa‘labah duduk dan Hudzaifah berkata, “Rasululah saw. bersabda: (sesuai dengan matan hadits di atas).”

Al-Bazzar menerimanya dari al-Walid bin Amru bin Sikin dari Ya‘qub bin Ishaq al- Hadhrami dari Ibrahim bin Dawud dari Habib bin Salim dari an-Nu‘man bin Basyir.

Ia bercerita bahwa ia sedang di masjid bersama bapaknya, Basyir bin Saad. Lalu datang Abu Tsa‘labah al- Khusyani. Kemudian terjadilah dialog seperti di atas.

Al-Haytsami berkomentar, ”Imam Ahmad meriwayatkannya dalam Tarjamah an-Nu‘man, juga al-Bazzar secara persis, ath-Thabrani secara sebagiannya di dalam al-Awsath, dan para perawinya tsiqah. Ibn Rajab al- Hanbali juga menukil riwayat Ahmad ini.

Makna dan Faedah hadits ini memberitahukan lima periode perjalanan kaum Muslim sejak masa kenabian.

#Periode pertama adalah periode kenabian.


#Periode kedua adalah periode Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian.

Para ulama sepakat bahwa periode Khilafah Rasyidah adalah periode Khilafah yang berjalan di atas manhaj kenabian.

Menurut sebagian ulama, periode ini adalah periode Khulafar Rasyidin sampai periode Khilafah al-Hasan bin Ali. Khilafah Umar bin Abdul Aziz oleh sebagian ulama juga dikategorikan Khilafah Rasyidah sehingga beliau juga dijuluki Khulafaur Rasyidin.

#Periode ketiga adalah periode pemerintahan dan kekuasaan yang zalim.

Lafal mulk bisa berarti kerajaan, bisa juga al-hukm wa as-sulthan (pemerintahan dan kekuasaan). Lafal mulk dalam hadits ini kurang tepat jika dimaknai kerajaan sebagai sebuah bentuk pemerintahan.

Sebab, setelah Khulafaur Rasyidin, bentuk pemerintahan kaum Muslim tidak berubah menjadi kerajaan, tetapi tetap Khilafah. Kepala negara tetap seorang khalifah dan tidak pernah berubah menjadi raja.

Ini adalah fakta yang telah disepakati para ulama. As- Suyuthi dalam Tarîkh al-Khulafa’ berkata,

“Aku hanya menyebutkan khalifah yang telah disepakati keabsahan imamah-nya dan keabsahan akad baiatnya.” Secara faktual, Khilafah terus berlanjut sampai diruntuhkan oleh penjajah Barat tahun 1924 M.


Namun, juga disepakati, selama rentang waktu tersebut terjadi penyimpangan dan keburukan penerapan Islam di sana- sini.


Jadi, periode tersebut adalah periode pemerintahan dan kekuasaan yang di dalamnya terjadi kazaliman, yaitu peyimpangan dan keburukan penerapan sistem dalam beberapa hal.

#Periode keempat adalah periode pemerintahan dan kekuasaan jabbariyah (diktator).

Dalam riwayat Abu Tsa‘labah al-Khusyani dari Muadz bin Jabal dan Abu Ubaidah, periode ini digambarkan sebagai periode pemerintahan dan kekuasaan yang sewenang-wenang, durhaka, diktator, dan melampaui batas.

Gambaran demikian adalah gambaran pemerintahan dan kekuasaan yang bukan Islam. Periode pasca runtuhnya Khilafah saat ini tampaknya sesuai dengan gambaran tersebut.

#Periode kelima adalah periode kembalinya Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian.

Ini merupakan basyarah (berita gembira) akan tegaknya kembali Khilafah setelah keruntuhannya.

Makna yang sama juga diriwayatkan dalam banyak riwayat. Jika riwayat ini digabung dengan riwayat lain yang semakna, yaitu riwayat akan masuknya Islam di setiap rumah, hadits al-waraq al- mu’allaq, hadits Khilafah turun di bumi al-Quds, hadits mengenai Dar al-Islam kaum Mukmin berpusat di Syam, hadits ‘adl wa al-jur, hadits hijrah setelah hijrah, hadits al-ghuraba’, hadits al-mahdi, dan hadits akan ditaklukkannya Roma, maka makna tersebut bahkan bisa sampai pada tingkat mutawatir.

Basyarah ini selayaknya memacu semangat kita untuk terus berjuang demi tegaknya Khilafah, karena kita ingin mendapat kemuliaan, yakni turut menjadi aktor bagi terlaksananya janji Allah tersebut.

Allahummarzuqna dawlah Khilafah Rasyidah.

Wallah a‘lam bi ash-shawab


Sebelum Rasulullah SAW dilahirkan, kisah kelahiran Baginda telah diceritakan lebih awal di dalam kitab Taurat dan Injil. Dikenali dengan nama Ahmad, dan bukannya Muhammad sebagaimana setelah dilahirkan. Kelahiran agung itu telah dihafal dan dijiwai oleh pendeta Nasrani dan rahib Yahudi, hingga mereka mengenali sifat Rasulullah SAW itu lebih daripada anak mereka sendiri. Malah ada yang ternanti-nanti kelahiran tersebut dan mengharap Nabi tersebut adalah dari kalangan mereka.

Ketika telah terjadi kelahiran Rasulullah SAW, mereka segera mengenalinya melalui tanda-tanda yang telah tersebut di dalam Kitab Taurat dan Injil. Ketika tiba seruan Islam dari Rasulullah SAW, merekalah yang menjadi penentang kerana iri hati dan dengki, bukan kerana tidak tahu kebenaran. Hingga kini, Yahudi dan Nasrani tidak berhenti memusuhi Islam. Mereka terus menerus mengkaji rahsia-rahsia kekuatan umat Islam dengan tujuan untuk melumpuhkan ajaran Islam. 

Mereka sentiasa berusaha agar umat Islam leka dengan rahsia keagungan Islam yang telah dibina oleh Rasulullah SAW. Mereka lupakan umat Islam dari iman dan taqwa. Mereka menanamkan sikap cinta akan dunia yang membawa umat Islam menjadi lemah. Firman Allah SWT; 

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah SWT (Agama Islam) itulah petunjuk yang benar." Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan perolehinya dari Allah SWT (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu." - (Al-Baqarah: 120)

Ketika Sepanyol hendak ditakluki kembali oleh puak Kristian dari tangan umat Islam, pelbagai strategi diatur dengan begitu rapi. 

Pemimpin mereka berpesan, "Jika kamu melihat mata umat Islam cerah (tidak kuyu atau merah kerana kurang tidur - beribadah malam), waktu itu seranglah mereka. Sedangkan jika kamu lihat mereka sembahyang malam, kamu tidak akan dapat mengalahkan mereka". Kini abad baru telah tiba. 

Bagi umat Islam di akhir zaman khususnya di abad ke-21 Masihi ini, sebenarnya ada janji Allah SWT untuk kebangkitan kembali Islam buat kali kedua. Masalah ini bagi sebahagian umat Islam dipandang remeh, kurang yakin bahkan ada yang menolak dan menentang. Termasuk di kalangan ulama yang terpengaruh dengan orientalis Barat (Islam liberal). 

Keyakinan umat Islam terhadap hadith berkaitan akhir zaman dimentahkan dengan memberitakannya sebagai hadith dhaif atau palsu. Akhirnya umat Islam terus dibelenggu oleh kepompong ciptaan Yahudi dan Nasrani. Sedangkan dipihak mereka (Yahudi dan Nasrani), telah bersiap-siap lebih awal dan bersiaga dengan kebangkitan yang dijanjikan oleh Allah SWT itu. 

Ini dapat kita lihat, seorang peramal berbangsa Yahudi yang terkenal telah meramalkan kebangkitan Islam di tahun 2000 bermula dari sebelah Timur. Bagi saya, ini bukan semata-mata ramalan, tetapi adalah tafsiran atau hasil analisis hadith oleh pakar-pakar Yahudi. Mereka amat peka terhadap hadith-hadith yang menyebut secara khusus kebangkitan Islam. Kebangkitan Islam bererti kejatuhan dan kekalahan mereka. Segala kepalsuan dan kebathilan mereka akan terbongkar, dan segala kezaliman akan bertukar keadilan.

Memang secara jelas disebut di dalam hadith tidak boleh mempercayai ramalan nujum. Tetapi apabila telah ada hadith yang mendahului ramalan itu, bukanlah nujum. Seringkali itu dikatakan sebagai ramalan hanya untuk mengelabui umat Islam. Mereka katakan itu ramalan mereka, sedangkan sebenarnya itu adalah tafsir atau hasil kajian dari hadith yang mereka sembunyikan dari umat Islam selama ini. 

Umat Islam dikelabui dengan hadith, mereka tipu juga umat Islam dengan menamakan hasil kajian hadith sebagai ramalan (nujum) mereka. Di antara yang disebut oleh Michael Nostradamus (1503-1566) seorang warga Perancis keturunan Yahudi, tokoh peramal dari Barat yang terkenal, yang dikatakan banyak ramalannya yang tepat. Menurut ramalan beliau yang ditulis semula oleh V.J. Hewitt dan Peter Lorie dalam buku The End of the Millennium, Prophecies: 1992 to 2001, beliau meramalkan pada tahun 2000, disebutkan secara lebih khusus mengenai munculnya seorang pemimpin Islam yang bakal mengubah dunia. 

Menurut beliau;

  1. Akan muncul A New World Religion. 
  2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East. 
  3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. 
  4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat. 
  5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).
  6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya. 
Di sini, diuraikan tentang hal-hal yang disebut oleh Nostradamus berdasarkan hadith sekaligus membuktikan terdapat "mala-fide" Yahudi dalam konspirasi menipu umat Islam. 

1. AKAN MUNCUL A NEW WORLD RELIGION. KEMUNCULAN SATU KUASA BARU DUNIA BERLANDASKAN AGAMA TELAH DISEBUT SECARA NYATA OLEH RASULULLAH SAW DI DALAM BEBERAPA HADITH. DI ANTARANYA, SABDA RASULULLAH SAW;

"Sesungguhnya Allah SWT akan membangkitkan bagi umat ini (Islam) pada awal setiap seratus tahun seorang mujaddid yang bakal memperbaharui (menghidupkan) urusan agamanya." (Riwayat Abu Daud, Al-Hakim, Al-Baihaqi, Al-Iraqi, Ibnu Hajar Al-Asqalani). Imam As-Sayuti berkata; Para penghafal hadith sepakat mengatakan hadith ini sahih. Kita kini berada di awal kurun Hijrah ke-15, iaitu 1420 Hijrah. Mengikuti tafsiran ulama, yang dikatakan awal masa itu adalah 1/4 yang pertama. 

Maknanya, kita kini berada di awal masa. Sebagaimana janji Allah SWT melalui lidah Rasulullah SAW ini, pastinya akan lahir seorang pemimpin yang akan menghidupkan syiar serta perjuangan Islam di zaman ini. Bertepatan juga kita melangkah ke abad ke-3 Masihi dan berada di awal tahun 2000. Dalam sebuah hadith yang lain, bersabda Rasulullah SAW; 
"Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah SWT kehendaki. Kemudian berlakulah zaman kekhalifahan (Khulafa'-ur-Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah SWT kehendaki. Kemudian Allah SWT mengangkatnya lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah SWT kehendaki. Kemudian Allah SWT mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah SWT kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (zaman Al-Mahdi dan Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian. Kemudian baginda diam." (Riwayat Ahmad) 




Secara umum apabila kita meneliti sejarah, zaman kenabian, zaman Khulafa'-ur-Rasyidin, zaman fitnah (pemerintah telah rosak sedang rakyat masih baik), zaman diktator (penjajahan Yahudi dan Nasrani), dan kini adalah giliran zaman seperti zaman kenabian itu berulang kembali. Inilah yang dimaksudkan sebagai A New World Religion oleh Nostradamus.

2. DIPIMPIN OLEH SEORANG YANG DIKENALI DENGAN PANGGILAN THE MAN FROM THE EAST. KEBANGKITAN YANG DIMAKSUDKAN ITU AKAN DIPIMPIN OLEH SEORANG PEMIMPIN DARI TIMUR SEBAGAI PENCETUSNYA. DI DALAM BEBERAPA HADITH DISEBUTKAN BERKENAAN PEMIMPIN DARI TIMUR ITU; 

a) Daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali, Baginda berkata; "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini demikian itu, hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al-Mahdi". (hadith riwayat At-Tabrani).

b) Dari Tsauban r.a. dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang panji-panji hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa yang berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai'atlah kepada mereka sekaligus harus merangkak di atas salju (dikeluarkan oleh Al-Hafiz Abu Naim).

3. DIA MUNCUL DARI NEGERI YANG TERLETAK DI PERTEMUAN TIGA BUAH LAUT. NEGARA TIMUR TEMPAT PERJUANGAN PEMIMPIN TERSEBUT TERLETAK DI PERTEMUAN TIGA BUAH LAUT. SIAPA SAHAJA YANG MERASAKAN KEDUDUKAN MEREKA TERANCAM AKAN MEMBUAT KAJIAN DAN MENYUSUN STRATEGI UNTUK MENYELAMATKAN DIRI. BEGITUPULA YAHUDI DAN NASRANI YANG TELAH TAHU TENTANG KEBANGKITAN ISLAM DI AKHIR ZAMAN. 

Jika diperhatikan, faktor geografi Semenanjung Tanah Melayu hampir menepati ramalan itu.

Memang Timur itu tidak ditentukan di manakah negaranya melalui hadith. Ini adalah kajian pihak musuh, akhirnya mereka berpendapat negara tersebut terletak dalam lingkungan tiga buah laut di sebelah Timur. Mereka mencari negeri yang ada ciri-ciri demikian dan di negeri-negeri tersebut, mereka menjalankan "kerja-kerja kotor" iaitu mencuba memadamkan kalimah Ilahi dengan pelbagai cara. Dengan berbuat demikian, mereka berharap dapat menghalang kebangkitan Islam yang kedua dari kawasan yang telah disebutkan itu. Oleh kerana itulah, wilayah-wilayah di Malaysia dan Indonesia sejak dahulu menjadi sasaran utama mereka kerana mereka yakin dari sanalah akan bangkitnya "The Man from The East" itu. Selain itu, mereka juga membangun pangkalan (pusat operasi) di dekatnya iaitu di Filipina dan Singapura.

Filipina adalah pusat bagi operasi bagi kaum Nasrani (Amerika Syarikat) manakala Singapura pula adalah pusat operasi bagi Yahudi Zionis (Israel). Dari kedua tempat itu, mereka memantau seluruh Asia Tenggara, terutama Malaysia dan Indonesia kerana dipercayai oleh mereka bahawa Pemuda Bani Tamim itu berasal dan berkembang di rantau ini. Itulah bukti betapa kuatnya kepercayaan para Rahib Yahudi dan Pendeta Nasrani terhadap kemunculan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu serta kawasan di mana mereka berdua akan dibangkitkan.

Namun, kerana permusuhan yang sangat kuat, setiap pergerakan mereka ini dibuat atas nama perdagangan, hubungan politik, ekonomi, pertahanan, ketenteraan dan sebagainya sehingga tidak kelihatan niat sebenar mereka pada umat Islam di kawasan ini. Di samping itu, mereka juga sangat teliti menyimpan rahsia berkaitan niat asal mereka, sehingga tidak pernah diketahui oleh sesiapa pun umat Islam di kawasan ini sejak dulu hingga ke hari ini.


4. KEMUNCULANNYA MENGGEMPARKAN TIMUR DAN BARAT. SEMUA MANUSIA DI SELURUH DUNIA AKAN TERKEJUT DENGAN PERLANTIKANNYA SEBAGAI PEMIMPIN MANUSIA DI TIMUR. PERNYATAAN INI DISEBUTKAN OLEH NOSTRADAMUS DENGAN TEGAS DALAM BUKU RAMALANNYA. 

Ketika itu, kebanyakan urusan perniagaan akan terhenti atau lumpuh seketika sebelum pulih di negara-negara lain. Di negara tempat beliau zahir itu, ekonominya akan lumpuh terus dan lenyap lalu beliau gantikan dengan sistem ekonomi Islam yang lebih adil dan sangat stabil. Sistem ekonomi Islam yang beliau terapkan nanti akan turut menggemparkan seluruh ahli ekonomi dan tokoh perniagaan serta pakar-pakar di seluruh dunia.

Sistem ekonomi Islam beliau menyebabkan sistem kapitalis, sosialis dan sebagainya itu akan hancur, lumpuh dan tidak berdaya. Akhirnya, sistem ekonomi Islam yang beliau terapkan akan berkembang pesat dan meruntuhkan seluruh sistem ekonomi yang telah ada di dunia. Perkara ini termasuk dalam sifat keadilan yang dibawa oleh pemimpin tersebut. Kedatangannya memenuhi dunia dengan keadilan sepertimana sebelum ini dipenuhi oleh kezaliman.

Dan telah mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al-Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya; "Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekelompok anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mmata Rasulullah berlinang air mata dan wajah beliau berubah. Aku pun bertanya; "Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang tidak kami sukai?"

Baginda menjawab;

"Kami Ahlul Bait telah Allah SWT pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan, tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka pinta itu, tetapi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al-Mahdi."

Keadilan yang ditegakkan itu secara menyeluruh meliputi setiap aspek seperti politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Telah mengeluarkan Tabrani dalam Al-Ausat, dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda;

"Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bila mana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al-Mahdi." (dari kitab Al-Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti).

5. KETIKA MUNCUL, DIA MEMAKAI SORBAN BIRU (THE BLUE TURBAN). OLEH KERANA PEMIMPIN TERSEBUT ADALAH SEORANG PEJUANG ISLAM YANG AMAT CINTA KEPADA RASULULLAH SAW, PASTILAH SEGALA SUNNAH RASUL ITU DIPERJUANGKANNYA. TIDAK MUNGKIN SEORANG PEJUANG ISLAM TIDAK BERSORBAN SEPERTI RASULULLAH SAW. WALAUPUN SEKARANG INI, AMALAN SUNNAH SEPERTI BERSORBAN ITU TELAH DIJELEK-JELEKAN OLEH ORANG. 

Disebutkan tentang warna sorban, sebenarnya banyak hadith menyebut tentang sorban pemimpin ini, baik secara khusus ataupun secara umum. Khususnya di dalam kitab Jamiussoghir karangan Imam As-Sayuti. Ketika kemunculannya hanya dia seorang yang memakai sorban berwarna biru di dunia ini. Mungkin sorban biru itu tidak selalu dipakainya, cuma sekali-sekali saja. Namun begitu, ini sudah cukup menjadi bukti bahwa hanya beliau seorang yang sanggup memakai sorban biru. Ulama lain ketika itu, terutama ulama fiqih, sudah tidak sanggup lagi meletakkan sorban di atas kepala sebagai pakaian harian, apalagi untuk memakai sorban yang berwarna biru atau hijau.


Berat juga pernyataan dari Nostradamus ini merujuk kepada pemakaian sorban berwarna biru ketika zahirnya Pemuda Bani Tamim ini dengan mendapat kekuasaan di dunia sebelah Timur itu. Maknanya, sorban warna biru itu dipakainya ketika beliau pertama kali mendapat kuasa di negeri sebelah Timur dan ketika diberikan bai'at oleh sekalian manusia. Mungkin begitulah yang dimaksudkan sorban biru oleh Nostradamus.

6. DIA MERAYAKAN HARI KHAMIS SEBAGAI HARI ISTIMEWA BAGI DIRINYA. INI SUATU YANG TIDAK LAZIM BAGI KEBANYAKAN UMAT ISLAM KETIKA ITU, DI SELURUH DUNIA TERMASUK OLEH PARA ULAMANYA. MAKSUDNYA DI SINI IALAH, HARI KHAMIS MALAM JUMAAT. MALAM YANG LAZIMNYA ORANG-ORANG ISLAM MEMBACA SURAH YASIN SELEPAS MAGHRIB DI MASJID, DI MUSHOLLA ATAU DI RUMAH. BELIAU MENJADIKANNYA ISTIMEWA KERANA PADA MALAM JUMAAT ITULAH, BELIAU AKAN MEMPERBANYAKKAN ZIKIR, DOA DAN SEBAGAINYA SEOLAH-OLAH ORANG YANG MENYAMBUT MALAM YANG BESAR. MUNGKIN MAKSUDNYA BELIAU MENJADIKAN MALAM JUMAAT ITU SEBAGAI MASA UNTUK MEMBACA SOLAWAT DAN MENGAMALKAN ZIKRULLAH SEHINGGA JADILAH MALAM JUMAAT ITU SANGAT ISTIMEWA BAGI DIRINYA.

Dan memang begitu keadaannya, bagi para solihin dan wali-wali sejak zaman para sahabat hingga kini, mereka menjadikan hari Khamis malam Jumaat sebagai satu hari raya dan malam berpesta-pesta amal dan taqarrub kepad Allah SWT. Itulah maksud sebenarnya yang dikatakan oleh tokoh pengamal Barat yang terkenal, Nostradamus, dengan kenyataan bahawa, beliau menjadikan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya. Maksudnya di sini juga, umat Islam ketika itu sudah semakin jauh meninggalkan ajaran agamanya sendiri, sehingga hari Khamis malam Jumaat yang mulia itupun sudah dianggap tiada perbezaan dari hari-hari dan malam-malam lainnya.

Tahun yang disebut iaitu tahun 2000Masihi telah tiba. Sebagai orang yang beriman dengan hadith, sepatutnya kita peka dengan perkara ini. Di mana, ketika ini pihak musuh Islam jauh lebih peka berbanding umat Islam, maklumlah mereka dijanjikan untuk menerima kekalahan. Sedangkan bagi umat Islam, telah dijanjikan kemenangan. Hanya yang perlu, penuhi jiwa dengan iman dan taqwa, serta berusahalah untuk mendapatkan pimpinan dari pemimpin yang dimaksudkan itu.

Dari Tsauban R.A., dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, "Akan datang Panji-Panji Hitam dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka kepingan-kepingan besi. Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salju. (dikeluarkan dari Al-Hasan bin Sofyan dari Al-Hafiz Abu Nuaim) (dari Kitab Al-Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti) (Riwayat Al-Hafiz Abu Naim)."

Sebelum Islam masuk, Nusantara adalah daerah beragama Buddha-Hindu dan menganut kepercayaan Animisme dan Dinamisme. Lalu datanglah beberapa gelombang wali-wali yang langsung berasal dari Timur Tengah. Banyak ditemukan di beberapa negeri di Malaysia makam para wali-wali.

Jika kita perhalusi dan mengkaji lagi setelah Malaysia dijajah oleh penjajah saat itu yang salah satu misinya adalah mengkafirkan umat Islam di Nusantara, tetapi ternyata umat Islam di Asia Tenggara tidak dapat dimusnahkan, malah semakin membesar. Hal ini tidak terjadi di Afrika. Penjajahan di Afrika dapat mengubah agama di sana yang semua Islam menjadi bukan Islam.

Mengapa hal itu terjadi? Mengapa para wali atau yang disebut oleh ahli sejarah sebagai pedagang dari Hujarat itu datangnya ke Tanah Air, tidak ke China, ke Roma, atau Persia yang waktu itu menjadi Empire? Jawapannya adalah kerana mereka menagih janji Tuhan melalui Rasulullah SAW bahawa Islam akan bangkit untuk kedua kalinya di bumi sebelah Timur. Hati mereka digerakkan oleh Tuhan untuk mempersiapkan Timur ini. Kita adalah orang Timur. Sebenarnya ini adalah kasih sayang Tuhan kepada kita. Hanya Melayulah bangsa yang belum pernah memegang kekuasaan dunia. Tetapi Tuhan menjanjikannya melalui kebangkitan Islam kedua.

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.